Soalan Lazim FAQ

Menjawab soalan lazim ditanya di media sosial, ruang mesej, ruang komen & email kami.

Latarbelakang & model bisnes kami..

  • Tudung Natasha dan Artie Natasha adalah sama ke?
  • Ya. Sejak tahun 2007 lagi, kami telah merekabentuk, membuat dan memasarkan tudung jenama Natasha dan Natasha E&Z. Kami juga melantik pengedar yang sah sahaja untuk menjual koleksi tudung keluaran kami.
  • Apa bezanya tudung Natasha & Artie Natasha?
  • Tiada beza!. Cuma hanya pada jenamanya sahaja dan koleksi rekaan terbaru bagi memnuhi citarasa trendsetters tempatan. Kini kami telah meningkat tambah pengeluaran koleksi tudung kami berserta rekabentuk-rekabentuk tudung baru di atas permintaan yang sangat menggalakkan dari fashionista muslimah tudung bawal kami. tudung Artie Natasha tetap menggunakan kain Korea dengan gred AAA, berserta aksesori perincian seperti "cut stone", labucci, manik berkilat, kristal dan berlian yang lebih berkualiti & tahan.
  • Adakah tudung keluaran Artie Natasha dijual secara borong sahaja?
  • Tidak. Kami juga menjual secara runcit (retail) di rangkaian butik-butik kami. Di laman web ini, kami sediakan satu ruang untuk pengguna setia tudung kami untuk menerima sebarang kemaskini produk. Disamping itu, bagi mereka yang ingin memesan secara borong (kodi) & juga belian runcit boleh membuat pesanan dengan mudah, ringkas & lebih cepat.
  • Adakah menjual tudung terpakai?
  • Tidak sama sekali! Kami merekabentuk, menjual dan mengedarkan koleksi tudung-tudung baru sahaja, yang datangnya terus dari kilang kami, serta menggunakan trademark baru iaitu tudung Artie Natasha.
  • Apakah waktu operasi perniagaan?
  • Butik-butik kami beroperasi dari jam 930 pagi sehingga jam 1830 malam setiap hari dan tutup pada hari Jumaat sahaja. Namun begitu, oleh kerana kini kami sediakan kaedah pesanan on-line, anda tetap boleh memesan pada bila-bila masa, 24jam, dan pesanan anda tersebut akan diproses secara automatik oleh sistem kami. Selain dari itu, anda juga boleh berhubung terus kepada kami ke nombor-nombor telefon yang disediakan yang boleh dirujuk ke laman Bantuan > Hubungi Kami untuk melihat secara terperinci.
  • Harga belian borong lain kan?
  • Sudah semestinya. Anda akan berurusan dengan pemilik koleksi & galeri tudung Artie Natasha sendiri & bukannya orang ke-3. Ini bermakna, harga borong diberikan tanap ada markup atau komisyen.
  • Saya nak beli sehelai2 & juga borong atas talian, boleh ke?
  • Sudah tentu bolehDisarankan anda menghantar pesanan secara berasingan bagi memudahkan sistem kami kategorikan pesanan tersebut. Sebagai contoh, di ruang Hantar Pesanan, anda boleh setkan bilangan diperlukan bagi sesuatu item tudung. Jika anda ingin membeli secara runcit, anda hanya tetapkan nilai 1 sahaja sebagai kuantiti item anda. Perincian lanjut anda boleh ke Bantuan > Kaedah Pesanan.

Perihal Pesanan & Penghantaran

  • Adakah laman kami selamat untuk membuat pesanan?
  • Sudah tentu! Ini kerana kami tidak perlukan maklumat persendirian seperti nombor akaun atau nombor kad kredit untuk membuat pesanan. Segala pesanan akan berhubung melalui e-mail & juga terus ke nombor telefon konsumer. Pihak kami tidak menyimpan sebarang data mahupun menjaja data pelanggan, demi memastikan privasi konsumer sentiasa terjamin. Sila baca ketetapan privasi polisi kami di Berkenaan Kami > Polisi Privasi.
  • Jika membuat pesanan, berapa lama tiba ke alamat saya?
  • Cepat atau lambat berdasarkan pilihan anda. Sila rujuk laman Bantuan > Kaedah Pesanan yang kami sediakan sebagai rujukan. Ia bergantung kepada pilihan anda supaya ia mudahkan anda untuk menerima pesanan tersebut nanti.
  • Apakah jaminan terhadap penghantaran pesanan saya?
  • Oleh kerana koleksi keluaran kami telah dipatenkan, ia harus melalui berbagai ujian bagi menjamin kualiti dan keselesaan pengguna. Ini termasuk perkhidmatan tambahan disediakan (seperti penghantaran dan penukaran) bagi kesemua koleksi keluaran kami. Disamping itu, kami telah melantik berbagai vendor penghantaran utama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, disertakan juga perlindungan insurans (jika diperlukan) bagi sesuatu penghantaran.

Perihal Tudung Jenama Sendiri

  • Saya berminat untuk buat tudung jenama sendiri, ada disediakan ke?
  • Ada. Kami adalah pembuat tudung jenama sendiri bagi founder² seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura & Thailand sejak tahun 2011 lagi.
  • Berapa lama tempahan tudung jenama sendiri saya boleh disiapkan?
  • Adakala tidak sampai 1 minggu -- selalunya cepat juga. bergantung kepada jumlah kerja diperlukan untuk pembuatan tudung bawal jenama anda nanti.
  • Berapa minima order untuk buat tudung jenama sendiri?
  • Disini MoQ tempahan tudung adalah 50 helai dengan 5 helai 1 warna.
  • Saya mempunyai tag tudung sendiri, boleh ke saya hantar untuk dijahitkan bersama? Ada tambahan caj tak?
  • Boleh, tiada tambahan caj! Hantarkan tag tudung anda ke kami & kami jahitkan. Asalkan tag tersebut adalah kenis lembut seperti kain, jahit tag adalah percuma.

Perihal Sticker & Manik Rhinestone

  • Apa beza manik DMC & Copy?
  • Beza pada shiningnya, manik Copy lebih shining dari DMC. Ini kerana manik Copy kami hampir mirip kilatannya dengan manik kristal rhinestone berjenama mahal dari Austria.
  • Manik² rhinestone ini diperbuat dari bahan apa?
  • Manik² yg kami keluarkan dibuat dari bahan kaca. Kandungan lapisan AB manik² bentuk kristal tersebut menentukan kilatan pantulan cahaya & membezakan harganya.
  • Adakah manik² ini tahan, tak lusuh & lekat kuat?
  • Jika di tekap tekan secara betul dengan setting Cotton pada mesin atau kepanasan 300°C++, manik akan melekat kuat. Ketahanan kilatan manik juga tinggi & boleh diulang basuh banyak kali. Kilatan manik juga tahan lama kerana ia diperbuat dari bahan kaca, bukan dari bahan plastik atau acryllic yg biasa digunakan pada baju²  kostum.
  • Sticker manik ini sesuai untuk tudung saja ke?
  • Tidak, malah ramai founder² butik busana baju menggunakan sticker manik untuk add on koleksi² jualan baju² mereka seperti kurung, kebarung, kaftan, jubah, kebaya dan macam² lagi. Manik² ini boleh dilekatkan di fabrik² yg tidak licin & mempunyai rongga seperti cotton, voile, moss crepe, kashebo dan seangkatan dengannya.
  • Design sticker manik ada katalog tak? In-stock ke?
  • Sebagai pemborong sticker manik DMC & Copy, hampir tiap² hari ada saja design sticker terbaru kami keluarkan. Langgan Channel Telegram kami di sini untuk lihat design² terbaru sticker manik yg sampai dari kilang di gudang kami di Kota Bharu: https://t.me/+cbdOP0e9HXllOTg1
  • Saya nak buat manik bentuk logo saya, boleh ke?
  • Ada kami sediakan, buat design cuatom sticker manik. Hantarkan logo anda ke designer kami & kami olahkan untuk dapat sejumlah bentuk logo paling banyak dalam 1 helaian sticker -- ini bakal menjimatkan anda!

Perihal Mesin Steampress

  • Adalaj mesin steampress ini in-stock?
  • Yea mesin tekap manik kami akan sentiasa dalam stok.
  • Berapa saiz tapak mesin steampress?
  • Lebar tapak 10" manakala panjang mesin 16"
  • Adakah mesin ini kuat makan elektrik?
  • Seperti peralatan lain yg mengeluarkan haba yg banyak, sudah tentu memerlukan arus elektrik yg kuat. Namun kami dapati, jika mesin menggunakan plug elektrik terus dari dinding, kadar arus elektrik agak stabil & tidak keterlaluan. Elak guna wire extension murah dengan gred wayar rendah kerana ia bakal meningkatkan haba seterusnya menarik arus elektrik lebih tinggi.
  • Ada Waranti mesin tak?
  • Gerenti kedai 1 minggu kami berikan. Kenapa? Mesin² yg kami bekalkan adalah terus dari kilang (direct from factory), itu sebab ia murah dari kedai2 lain mahupun yg ada jenama. Oleh kerana alatan ini diperoleh terus dari kilang, kilang tidak sediakan sebarang waranti. Namun kami sediakan waranti pembelian mesin dalam tempoh 1 minggu dari tarikh mesin sampai ditangan konsumer. Setiap mesin yg dihantar disemak rapi oleh technician kami disertakan video sekali sebagai rujukan untuk pembeli.
  • Alas tapak mesin boleh ganti tak?
  • Alas tapak bawah mesin boleh diganti jika rosak. Pengalas tahan panas ada juga kami jual dan in-stock.
  • Mesin saya tiba² tidak panas, kenapa yea?
  • Selalunya berlaku jika mesin digunakan secara overload & berterusan, dalam tempoh yg lama. Ini adalah tindakan fungsi keselamatan mesin itu sendiri bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan, yg mana mungkin, bakal membahayakan konsumer pula. Untuk pembaikan 0
  • jenis begini, boleh di buat dimana² kedai baiki elektrik berhampiran kediaman konsumer. Menukarkan transistor atau diod/fius pemutus litar pemanas sahaja diperlukan.
  • Adakah di sediakan servis pembaikan mesin steampress?
  • Kami ada sediakan, hantarkan saja ke gudang kami & technician kami akan maklumkan kerosakan, kos & masa diperlukan untuk pembaikan.

Pertanyaan Lanjut...

  • Anda ada sebarang pertanyaan?
  • Gunakan contact form dibawah ini untuk berhubung terus dengan kami di Balwal Artie. Mudah & cepat, terus ke sistem kami, staf kami sedia membantu, bila-bila masa.
  • Boleh ke berhubung di Whastapp?
  • Boleh. Staf kami ada saja stanby sepanjang masa untuk menjawab soalan2 anda.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTfU4XHgi6wN2SByBr3U3QkypCxdUgumkd5TjgwneW7vR9Fuz5mLY2Lmt3uHNHTca4hK1RiNFWFwi1KE7F26HM-jUw274utBenEcF1Z_GEX2zmQrEOjsNewloEDj8N6Nv4Nuv0E9cOE3xgOcCIQYarfxBqUeyPC52HNZmGbMohmspj_qhqXcUIFQza2cbQ/s72-c/fb-galeri-artie-kb.jpg

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.