Di Galeri Artie, pemilik jenama tudung Artie Natasha (tm) & Tudung bawal Artie (tm) menyediakan berbagai kaedah penghantaran bagi memudahkan rakan niaga ataupun pembelian persendirian (runcit) offline & online.
Setiap parcel/pakej yang keluar dari gudang mahupun butik akan diperiksa,
digulung/dilipat dengan kemas & dimasukkan ke bungkusan kedap udara/kalis
air bagi memastikan pesanan tidak rosak. Kami juga menyediakan gambar/imej
sebelaum penghantaran dilakukan. Ia bagi memastikan pesanan diterima adalah
dalam keadaan yang sebenar keluar dari premis kami.
Kerjasama strategik & erat dengan berbagai pemberi khidmat penghantar mampu
memastikan setiap pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu yang lebih
munasabah - malahan lebih cepat.
Masa Penghantaran
Secara amnya, masa parcel/pakej pesanan anda dihantar dari mana-mana premis kami adalah seperti berikut:-
Penerimaan pesanan & bayaran/bukti bayaran sebelum jam 12 tengahari
Penghantaran dilakukan pada hari berkerja yang sama.
Penerimaan pesanan & bayaran/bukti bayaran selepas jam 2 petang
Penghantaran dilakukan pada hari berkerja berikutnya.
Penghantaran Pembelian Persendirian
Penghantaran pembelian persendirian kami lakukan untuk pesanan bagi jumlah yang kecil. Bagi jumlah kecil, kuantiti & kadar maxima adalah seperti berikut:-
- Kuantiti pesanan tidak melebihi 20 unit dalam satu-satu masa (on-line & off-line).
Pihak kami menyediakan pilihan penghantaran seperti beriikut:-
- PosLaju
- J&T Express
- CityLink
- Ninja Van
- CTSI Logistics
Caj penghantaran adalah berdasarkan berat timbangan parcel/pakej yang dipesan. Nombor/kod tracking akan dikirimkan untuk rujukan semak silang.
Penghantaran Pembelian Dropship
Penghantaran melalui pembelian dropship hanya dilakukan oleh pemberi khdmat penghantaran berikut:-
- PosLaju
- J&T Express
- Ninja Van
- Citylink
Sila pastikan maklumat-maklumat berikut lengkap diberikan:-
- nama penuh penerima
- nombor telefon penerima
- alamat penuh penerima
Pihak kami akan sentiasa membuat semak ulang dengan Agen sebelum penghantaran
dilakukan.
Caj penghantaran bergantung kepada berat parcel/pakej dipesan. Pihak kami
tidak meyediakan Pre-Pack untuk sebarang penghantaran.
Penghantaran Pembelian Borong
Pembelian borong adalah bagi pesanan yang melebihi 10 unit/item. Penghantaran akan dibincangkan mengikut kaedah bersesuaian ke lokasi.
Berikut keterangan ringkas yang boleh disesuaikan mengikut keperluan penghantaran.
Penghantaran Perkhidmatan Bas Express (DIMANSUHKAN)
Keterangan
Pesanan dihantar melalui perkhidmatan bas express yang telah dilantik.
Nombor bas, pegawai yang bertanggungjawab akan dikirimkan kepada anda sebagai rujukan.
Anda boleh mengambil parcel di stesen bas express ataupun di laluan perkhidmatan bas express tersebut.
Kebaikan
- Cepat & selalunya sampai pada hari yang sama.
- Disyorkan bagi pesanan sederhana berat, pada kuantiti sederhana banyak (pesanan 100 hingga 1000 helai tudung)
Penghantaran Perkhidmatan Logistik (Semenanjung Malaysia Sahaja)
Keterangan
Kami bekerjasama dengan berbagai syarikat logistik tempatan untuk menghantar parcel/pakej pesanan ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Anda boleh mengambil parcel/pakej di laluan logistik tersebut dengan berhubung terus pengendali perkhidmatan.
Kebaikan
- Sederhana cepat kerana mematuhi jadual waktu perjalanan pihak logistik.
- Ada ketika sampai pada hari yang sama, berdasarkan kepada waktu kami terima & proses pesanan.
- Disyorkan bagi pesanan yang sangat berat atau kuantiti yang banyak (pesanan melebihi 1000 helai tudung)
Penghantaran Kurier
Keterangan
Penghantaran kurier terpilih & dilantik ke mana-mana destinasi parcel/pakej.
Parcel/pakej sampai ke alamat penghantaran secara terus. "Door to door"
Lazimnya pesanan boleh diterima dalam:
- 1-3 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia
- 4-6 hari bekerja bagi Sabah & Sarawak
- 14-28 hari berkerja bagi penghantaran antarabangsa.
Penghantaran ini sesuai digunakan bagi pesanan dengan timbangan kurang dari 20kg (bersamaan 200 helai tudung).
Pemberi Perkhidmatan
- Pos Laju - Lebih nilai bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.
- CityLink - Lebih nilai bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia sahaja.
- CTSI - Lebih nilai bagi penghantaran di Sabah & Sarawak.
Berhubung terus dengan pegawai kami untuk keterangan lanjut berkenaan penghantaran yang mudah untuk anda!
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.