Siapa Kami?

Pemborong tudung bawal & tekstil, aksesori sticker berlian, mesin melekap sticker terbesar negeri Kelantan

Berikut bingkisan latarbelakang Artie Fesyen Textile, pemilik jenama tudung Artie Natasha & tudung bawal Artie, bawal Artie Exclusive, Artie Premium & Artie Platinum yang telah dirakamkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM1) Kelantan, disiarkan pada bulan Mei 2015 di rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM).


Kami kongsikan pengalaman, suka & duka, pahit & manis penglibatan kami dalam memertabatkan industri fesyen muslimah tempatan khusunya fesyen bertudung/hijab Malaysia.

Adalah menjadi inspirasi kami untuk memastikan setiap wanita tidak kira latarbelakang & status, mampu memperoleh rekaan tudung terbaru pada harga lebih mampu milik.

Kami juga bekerjasama strategik dengan founder jenama tudung unggul di Malaysia, Brunei, Thailand & Singapura dalam memastikan capaian stok material tudung & aksesori mereka sentiasa bersedia.

Sedar tak sedar, kemungkinan besar produk tudung kami sudah pun menjadi milikan anda!

Kami juga berkongsikan persekitaran industri tekstil tempatan, khususnya negeri Kelantan serta hala tuju industri ini di Malaysia. Kami telahpun mengembangkan capaian produk kami ke negara-negara ASEAN dalam memastikan kelangsungan fesyen bertudung tempatan sentiasa mendapat perhatian sewajarnya oleh peminat-peminatnya disana.


Bingkisan

Artie Natasha dan Tudung Artie dimiliki oleh Artie Fesyen Textile, syarikat milik penuh bumiputera  beroperasi di negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan, Malaysia.

Beroperasi sejak tahun 2007, Artie Fesyen Textile mempunyai beberapa keluaran koleksi tudung selain dari membekalkan produk kain bagi pembuatan tudung & pakaian.

Memiliki 2 buah pusat borong di sekitar Kota Bharu. sebuah pejabat, gudang simpanan stok kain & tudung serta kilang menjahit bekalan kain tudung disekitar bandar juga.

Pada awal penglibatan dalam industri textil, kami membekalkan kain tudung pasang ke negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang & Kuala Lumpur untuk pengusaha, usahawan, kilang jahitan tudung & pakaian.

Melihat potensi & berbekalkan pengalaman, pada awal tahun 2009 kami memperkenalkan koleksi tudung jenama Natasha & Natasha E&Z. Jenama tudung ini telah dipasarkan ke seluruh Malaysia, dengan beberapa rangkaian perniagaan strategik di Kuala Terengganu, Alor Setar (Kedah), Langkawi & bandar Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan.

Setelah hampir 4 tahun dengan koleksi tudung Natasha, tahun 2013 Natasha dengan rasminya menggunakan nama baru Artie Natasha dan Tudung Artie, setelah mendapat pengiktirafan & sijil tanda tred (trademark) & kemudiannya tanda daftar (registered) dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Koleksi tudung terdahulu yang menggunakan label Natasha & Natasha E&Z dimansuhkan serta-merta dan menggunakan jenama baru iaitu Artie Natasha dan Tudung Artie (bawal).

Tudung berlabel Artie Natasha terdiri daripada tudong half-moon, tudung hoodie, tudung kristal, tudung satu, dua dan tiga layer (berlabucci & manik) & tudung lukisan batik.

Manakala koleksi tudung bawal iaitu bawal plain (kosong), tudung bawal bersulam, tudung bawal berlian & aksesori tudung menggunakan label Tudung Artie.

desain tudung hari raya terbaru untuk Aidilfitri

Pertengahan tahun 2015 kami membuka butik tudung terbesar dengan keluasan lebih 5000kps di Jalan Merbau ditengah-tengah bandar Kota Bharu. Disini kami berjaya mempamerkan & mengumpul hampir kesemua koleksi rekaan tudung kami dibawah satu bumbung!

Pada tahun 2018, masalah teknikal pemilikan bangunan asal, trelah memaksa kami untuk berpindah & membuka gudang borong produk tudung di Jalan Temenggong Kota Bharu.

Dengan sokongan dari kilang-kilang pembuat, kami diberikan bekalan tanpa had, seterusnya menumpukan aktiviti membekal & memborong produk tudung untuk founder-founder jenama tudung diseluruh negara termasuk Sabah & Sarawak.

Aktiviti borong kini lebih aktif & rancak berjalan kerana permintaan pengguna yang sungguh di luar jangka - offline & online. Capaian produk yang mudah dengan harga lebih kompetitif, menjadikan kami pilihan founder/usahawan tudung & juga pembeli kasual.


Usahawan & founder jenama tudung kini tumbuh dengan pesat dengan adanya bantuan bekalan sebegini, pada harga bekalan yang berpatutan & murah, memastikan bekalan tudung mereka sentiasa bersedia.


Kenapa pengusaha & pengguna memilih produk koleksi kami?

Untuk Pengguna:-

  • Rekaan koleksi tudung bersesuaian dengan industri fesyen masa kini.
  • Harga sangat berpatutan kerana berurusan terus dengan pemilik & pembuat dan bukannya pihak ketiga.
  • Staff / pembantu peramah, menarik dan berpengalaman dalam perkembangan industri fesyen tempatan
  • Mempunyai ruang butik yang luas bagi membuat pilihan di mana-mana rangkaian kami.
  • Stok tersedia dengan berbagai saiz & pilihan tudung.
  • Pembelian persendirian mahupun borong - kadar harga istimewa untuk semua pembelian borong yang luar jangka. 

Untuk Pengusaha/Vendor:-

  • Mempunyai kilang kain, jahitan sendiri dengan kerjasama strategik pengusaha-pengusaha kecil industri jahitan memastikan stok & mutu jahitan terjamin.
  • Mempunyai bekalan stok sedia ada di rangkaian butik kami jika diperlukan.
  • Berurusan terus dengan pemilik dan pembuat dan bukannya orang ketiga, mahupun orang tengah.
  • Penghantaran dengan cepat dengan berbagai kaedah penghantaran mengikut kesesuaian lokasi anda.
  • Harga borong yang sungguh menarik dengan kadar nisbah perolehan bagi satu produk mencecah sehingga 250%! Berbanding kualiti kain & jahitan disediakan oleh pengeluar yang lain.

Untuk Pengguna On-line:-

  • Dapat melihat kemaskini keluaran terbaru serta promosi terkini dari butik.
  • Membuat pesanan secara on-line 24 jam sehari, 7 hari seminggu
  • Membuat pesanan dengan mudah tanpa memerlukan maklumat & data peribadi.
  • Berhubung secara persendirian melalui e-mail ataupun nombor telefon.
  • Membuat pesanan & pembelian terus dari pembuat/pengeluar dan bukannya peyimpan stok atau orang ketiga.
  • Stok dalam Malaysia & bukan luar negara - tiada masa menunggu lama.
  • Pilihan dari berbagai kaedah penghantaran mengikut kesesuaian & bajet.
  • Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi founder brand tudung sendiri dengan capaian stok bersedia pada harga borong.

Untuk berhubung terus kepada kami, boleh ke butang "Hubungi"  untuk pencerahan.

https://i.ytimg.com/vi/JR9XKDiUhGI/0.jpg

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.