Headgear and Clothing, all included in Class 25.
No. Sijil Pendaftaran: 2013003882 dan 2012018531
Setiap produk & khidmat tambah nilai disediakan dibawah jenama disebutkan adalah hak cipta terpelihara. Ini merangkumi segala bentuk bahan/hasil keluaran yang disediakan oleh pemilik jenama bagi tujuan informasi, pengiklanan, rujukan, jualan & dalam apa jua bentuk bahan siaran umum adalah dikawal.
Sebarang penggunaan mana-mana bentuk bahan yang berkaitan dengan jenama disebutkan haruslah memperoleh kebenaran secara bertulis/lisan dari pemilik yang didaftarkan. Tindakan undang-undang & penurunan laman web (secara on-line) akan dikenakan terhadap segala perbuatan yang melanggar hak cipta terpelihara tersebut.
Kenapa produk Dipatenkan?
Tujuan produk dipatenkan bagi memastikan setiap pengguna jenama bawal Artie & Artie Natasha memperoleh produk dengan kualaiti terjamin, bermutu & asli (original). Sesebuah produk memperoleh kelulusan penjenamaan, haruslah melalui berbagai ujian serta semak silang bagi memastikan jenama itu bersesuaian dengan kategori & dapat memenuhi tahap kualiti tinggi kepada pengguna.
Sebagai pengendali jenama, Artie Fesyen Texstile sebagai pemilik jenama Artie Natasha & bawal Artie berazam untuk terus memberikan produk atau khidmat yang terbaik, off-line mahupun on-line. Ini memandangkan wujudnya pihak tidak bertanggungjawab yang boleh memanipulasi pengguna dengan mengguna/mrngsitkan sesuatu jenama untuk kepentingan sendiri.
Tudung Natasha, Natasha E&Z, Artie Natasha & Bawal Artie
Sehingga Disember 2013, produk jenama tudung Natasha & tudung Natasha E&Z, tudung Artie Natasha & Tudung bawal Artie boleh diperoleh di laman web galeriartie.com. Bagi koleksi tudung Natasha, yang dikeluarkan sejak tahun 2007, & tudung Natasha E&Z boleh diperoleh di butik kami. Segala maklumat berkenaan butik kami boleh diperoeh di laman ini.
Bagi pengguna/peminat tudung Natasha & tudung Natasha E&Z, kini secara berperingkat label baru digunakan dengan jenama Artie Natasha & tudung bawal Tudung Artie, mengikut rekaan, koleksi & kain tudung diguna pakai untuk sesebuah rekaan tudung. Ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang bakal timbul sama ada direka oleh pihak tidak bertanggungjawab mahupun ianya di eksploitasikan oleh pihak ke-tiga.
Pihak kami tidak pernah melantik mana-mana laman web sebagai wakil jualan borong mahupun jualan runcit selain di galreiartie.com bsgi jenama disebutkan. Pihak kami juga tidak pernah mengiklan di mana-mana laman web dengan pautan selain dari pautan ke laman galeriartie.com bagi jenama disebutkan..
Bagi pengguna yang berurusan di laman selain dari laman galeriartie.com pihak pemilik jenama tidak bertanggungjawab keatas produk/bahan rujukan yang diberikan & ditanggung sepenuhnya oleh pemilik laman tersebut sepenuhnya.
Tudung Artie Off-Line
Produk kami secara fizikal boleh diperoleh di butik kami seperti tertera di laman galeriartie.com, khusus bagi Semenanjng Malaysia, Sabah, Sarawak, negara jiran seperti Brunei, Singapura & Thailand.
Namun begitu, kami tidak pernah menutup ruang bagi peniaga untuk menjual produk kami & kami sentiasa membuka pintu bagi menjalinkan kerjasama secara perniagaan strategik. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Ini bagi memastikan kesemua rakan niaga strategik kami memperoleh hasil jualan yang maksimum serta dibekalkan dengan produk/koleksi tudung yang dijamin. Ia terbukti dengan rangkaian rakan niaga strategik yang berdaftar dengan kami di Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Penang, Kedah, Johor, Perlis & sebagainya, yang masih utuh menjalankan perniagaan mereka sehingga ke hari ini.