Nampaknya ramai seller² Shopee terkesan dengan Poin Penalti terkumpul kerana update terbaru Shopee yg memerlukan setiap order keluar post dalam 24 jam.
Pemain² laman ecommerce seperti di Shopee sudah pun dimaklumkan kemaskini terbaru dimana waktu sediakan penghantaran disingkatkan ke 1 hari.
Sebelumnya di Shopee, tempoh masa untuk Seller² keluarkan post order pelanggan adalah selama 2 hari.
Ditambah pula dengan adanya penghantaran 2 Day Delivery 2DD diaktifkan kepada akaun² Seller Shopee yg layak @ terpilih, memerlukan pesanan masuk dipost pada hari sama.
Jika tidak, seller² akan dikenakan penalti!.
Sebagai maklumat, pengurusan pesanan di Shopee terbaru September 2024 oleh Seller² adalah seperti berikut:-
- Pesanan diterima sebelum jam 2PM, perlu dihantar pada hari yg sama sebelum 11.59PM
- Pesanan yg diterima selepas jam 2 petang, perlu dipost sebelum 11.59PM hari berikutnya.
- Jika hari berikutnya adalah hari cuti umum atau cuti hujung minggu, pesanan perlu dipost pada hari bekerja berikutnya.
Kenapa Seller² ingin elakkan dikenakan Penalti sistem Shopee?
Seller² Shopee ingin elak dikenakan Penalti ini supaya...
- Status Seller Preferred atau Preferred+ mereka kekal, kelebihan kerana pengguna memilih Seller² berstatus ini untuk berurusan
- Elakkan kuantiti barangan di akaun Shopee mereka disekat dalam tempoh tertentu.
- Elakkan kedai Shopee mereka di sekat dalam tempoh² tertentu.
- Elakkan kerugian akibat kerja² pengiklanan produk yg sedang dijalankan.
- Elakkan kedai Shopee mereka di ban @ di sekat & tidak boleh menjual online -- 28 days ban.
Ini adalah secara tingkas, tidak perlu kami perincikan kerana semua maklumat ada tersedia di laman Bantuan Shopee, jika ingin tahu lebih lanjut.
Bagaimana untuk elakkan Penalti kerana lambat uruskan post order Shopee?
1. Letak produk dijual sebagai Pre Order
Kemaskini produk "killer" anda sebagai Pre-Order pada Setting produk.
Namun begitu setiap akaun diberikan hanya 5% dari jumlah produk yg dibolehkan untuk Pre Order.
Bermaksud, jika Seller mempunyai 50 produk, hanya 2.5 @ 3 produk sahaja dibenarkan untuk Pre Order
2. Nyah aktifkan 2 Day Delivery
Bagi akaun² Seller yg layak, boleh nyah aktifkan mode ini di Akaun Saya > Kedai Saya > tekan tombol Gear > tekan Shipping Options > di Express Delivery > 2 Day Delivery > toggle Off (warna kelabu).
Kemudian periksa setiap produk jika setting ini dinyah aktifkan di laman produk > Shipping Fee > scroll ke Express Shipping > pastikan 2 Day Delivery telah toggle Off (warna kelabu).
3. Setkan Days to Ship (DTS) pada Produk
Setelah langkah #1 atau #2 dibuat, Seller² boleh letakkan DTS di laman produk mereka > tekan Variations > scroll ke bawah & toggle On (hijau) di Set Days to Ship Variations.
Kemudian di Variations Info, di kotak DTS, letakkan nilai hari untuk Days to Ship produk² anda.
Shopee hanya benarkan 3 - 30 hari sahaja untuk letakkan nilai Days to Ship DTS pada produk² disenaraikan.
4. Aktifkan Vacation Mode
Bagi cuti yg dirancang, anda boleh aktifkan Vacation Mode supaya tidak ada pesanan diterima ketika ini.
Namun begitu, pesanan diterima sebelum Vacation Mode ini diaktifkan perlu diteruskan mengikut ketetapan penghantaran sistem Shopee.
Pastikan anda nyah aktif dahulu segala Promosi² yg sedang berjalan yg melibatkan produk anda supaya tetapan Vacation Mode ini boleh di aktifkan.
Apa berlaku jika terkumpul Poin Penalti Shopee yg banyak?
Seller² Shopee lebih maklum bahawa jika mengumpul sebanyak 15 Poin Penalti Shopee, akaun Shopee mereka akan di ban/sekat, maka produk² di paparkan tidak boleh dijual dalam tempoh tertentu - 28 days ban.
Tempoh ban sekatan tersebut telah ditentukan oleh sistem Shopee, urus niaga yg telah dibuat sebelumnya diteruskan, baki jualan di akaun boleh diambil cuma produk² Seller tidak akan terpapar, pengguna² tidak dapat membeli produk² bagi Seller² yg telah di ban/sekat akaunnya.
Kelebihan 2 Day Delivery (2DD) & Express Delivery Shopee
- Pastikan hanya Seller² yg komited & mempunyai produk jualan yg dalam stok
- Pastikan Seller² yg authentic asli, serius & bukan Scammer.
- Meningkat jumlah jualan berlipat ganda bagi Seller²
- Menambah nilai kepercayaan servis diberikan oleh platform kepada pengguna
- Menambahkan keyakinan pengguna untuk membuat pembelian di Shopee tanpa ragu²
- Proses urus niaga lebih cepat dengan masa penghantaran lebih laju.
- Dapat menarik minat pengguna² baru berurus niaga di platform Shopee.
- Dapat mengekalkan pembeli² sedia ada utk terus berurus niaga di platform Shopee.
- Kos murah bg Seller dengan sebahagian besar caj penghantaran di subsidi oleh Shopee melalui Voucher disediakan.
Sebagai Seller di Shopee, anda juga perlulah meletakkan diri anda sebagai pengguna/pembeli...
Setiap kali pesanan order, anda mesti nak kan pesanan itu di post keluar cepat, dapat parcel dengan lebih cepat.
Anda juga ingin gunakan voucher Free Shipping atau Cashback yg memberikan penjimatan ketika pembelian.
Sekurangnya, Seller² Shopee ketika ini akan lebih ber-disiplin, peka waktu, lebih terurus & bukannya menganggap menjual online ini sebagai hobi, bidang terjun atau hamba penjual untuk Shopee.
Anda juga dinasihatkan, sebagai usahawan, sentiasa mempunyai pelan sandaran (backup plan) atau bantuan sokongan bersedia, penting pada waktu² kecemasan supaya pesanan Shopee anda tetap boleh laksanakan, pada waktu² kecemasan.
Jadi, tepuk dada & tanya selera.
Jika ingin lihat keadaan sebenar setup kedai online Shopee dengan status Preferred dan Preferred+ ada disini >>> https://s.shopee.com.my/1B2XmHSkSN
Material: Bawal Voile premium
BalasPadamComfortability: Mudah dpkai
Kain voile premium.. cantik dan mudah pakai..
Tempahan juga cepat, kurang dari 2mggu siap.. seller yg peramah dan sangat membantu 👍🏻.
Comfortability: good
BalasPadamMaterial: good
cantik warnanya..tq seller
Material: ok
BalasPadamComfortability: ok
sampai with reasonable time. kain agak keras. kena basuh dulu kot.
Tudung dh smpai..laju jer tp tgk lah sndri dlm gmbr..tetp bg 5🌟 tq saller
BalasPadamMaterial: mudah bentuk
BalasPadamcuma kene make sure pakai inner neck huhu
Brg diterima dalam keadaan baik. Murah dan puas hati. Postage pun cepat. Alhamdulillah. Seller pon kita whatsapp.laju reply dan sangat membantu untuk pembelian bijak supaya tak salah2 beli..
BalasPadamNext time boleh shopping lagi di kedai ni. Barang2 nampak menarik. Hahha