Tentu ramai founder² sudahpun berjaya meluaskan empayar brand tudung mereka ke luar negara, selain dari Malaysia.
Aplikasi laman sosial seperti TikTok Live, Shopee Live, Lazada Live & Youtube memberikan ruang yg luas untuk founder² capai kepada pembeli yg diinginkan.
Pembeli tanpa sempadan! Kini founder² dari luar negara seperti Brunei, Singapore, Kemboja & Thailand gemar mendapatkan produk² tudung mereka dari Malaysia.
Oleh kerana tukaran wang asing yg lebih berpihak kepada mereka, contoh bagi Brunei & Singapore, founder² tudung boleh mendapatkan stok produk tudung mereka dengan hanya 1/3 (satu per tiga) kos dibandingkan founder² Malaysia.
Bermaksud, kos mula brand tudung mereka akan lebih murah kerana nilai matawang mereka dibandingkan MYR adalah lebih tinggi.
Kos rendah barangan berkualiti, untung pun tinggi/besar!
Penghantaran pun mudah, founder² kerap akan ambil di bandar sempadan Malaysia, sebagai contoh, di Sarawak utk founder² Brunei, di Johor utk founder² Singapore, Kelantan utk founder² di selatan Thailand, kerana kos shipping masih dikira penghantaran lokal.
Ada juga founder² yg gemar minta hantar produk² mereka ke alamat di negara masing², memandangkan kos delivery penghantaran masih lebih murah, kerana tukaran wang asing MYR yg rendah itu.
Cara Hantar Parcel ke Singapore guna Ninja Van MY (untuk kuantiti banyak)
1. Download senarai harga tetapan Ninja Van bagi penghantaran antarabangsa Malaysia ke Singapore (Nov 2024)
2. Bungkus produk² tempahan customer anda sekemas yg boleh, ambil gambar barangan dalam packing tersebut.
3. Jika menggunakan kotak, tampalkan butiran penerima serta ambil gambar bahagian luaran setelah packing
4. Pastikan parcel anda tidak melebih berat atau berat volume maxima Ninja Van parcel delivery ke luar negara.
Contoh:-
A. Berat parcel ditimbang tidak melebihi 30kg
Atau...
B. Total panjang kotak parcel anda tidak melebihi: panjang + lebar + tinggi < 180cm
5. Sediakan resit pembelian tersebut, dalam bentuk digital seperi PDF atau gambar utk rujukan. Pastikan nilai barangan dalam parcel tidak melebih $400 SGD, untuk elak dikenakan caj² tambahan.
6. Pergi ke mana² outlet Ninja Van terdekat, pegawai kaunter akan membantu.
Ketika post ini ditulis, untuk penghantaran antarabangsa, app Ninja Van masih tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Setelah mendapatkan maklumat & nasihat dari Customer Service Ninja Van, memang betul kaunter² dikendalikan pegawai² mereka akan membantu untuk isikan maklumat diperlukan.
Menurut kaunter Ninja Van berhampiran kami, adakala parcel anda akan dibuka di sempadan pusat Kastam namun kebanyakkan akan melalui proses screening atau x-ray.
Oleh itu, founder² hendaklah memaklumkan kepada penerima parcel di luar negara itu yg packing tersebut berkemungkinan akan dibuka, oleh pegawai² tertentu, takut disalah anggap penerima yg parcel tidak disedia bungkus kemas, teliti & rapi.
Untuk jejak tracking parcel anda boleh saja gunakan aplikasi Ninja Van, atau di laman web Ninja Van disini https://www.ninjavan.co/en-my/international/tracking
Jika berlaku tuduhan² sebegini, anda sudahpun mempunyai rekod seperti gambar diambil pada langkah² diatas bukan?
Kongsikan juga di ruang komen pengalaman anda hantar barang pukal kepada penerima di luar negara, Shipper mana digunakan & kos² berbangkit.
Semoga info begini dimanfaatkan!
Variation: Lite Putih Nila 113,Bidang 45
BalasPadamComfortability: Warna cantik, dapat warna dan saiz yang betul. Memang terbaik
Material: senang bentuk🥰
BalasPadamComfortability: sangat selesa
Thank you seller..overall semuanya okay..will repeat again🤍sangat berpuas hati dgn materila & layanan seller
Variation: Chilli Red 629,Bidang 45
BalasPadamkain bawal lawa
Variation: DMC Pelangi AB,SS10/3mm 400+pcs
BalasPadamCantik
Material: Terbaik
BalasPadamJenama pilihan saya...kain tak terlalu lembut...tak terlalu keras
Tatau ni kali ke berapa repeat oder