Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tona Merah Jambu Tudung Bawal Bersulam Berlian Eksklusif

RM 70.00

Kini martabat tudung bawal berada di kelasnya tersendiri! Menampilkan tudung bawal galeri Tudung Artie menyajikan koleksi tudung eksklusif buat peminat tudung bawal dan fashionista muslimah.

Tudung bawal berwarna merah jambu ini dwi tona dihiasi sulam yang dijahit tangan (handmade) serta diperincikan dengan berlian untuk menambahkan serinya. Motif dan corak sulam merujuk kepada tumbuh-tumbuhan dan alam, menambahkan eksklusif penampilan tudung bawal kini. Kain hujungnya dijahit 2 layer dengan cross stitch menambahkan perincian pada setiap rekaan.

Setiap rekaan tudung bawal galeri Tudung Artie adalah lain dari yang lain dan jika anda pemiliknya, hanya anda sahaja yang mempunyai tudung bawal rekaan tersebut.

Tudung ini juga boleh diperoleh dalam berbagai dwi tona warna yang memukau dan menawan bagi menyesuaikan gaya penampilan pemakaian anda pada satu-satu masa. hubungi 012-2548781 (En. Asri) untuk maklumat lanjut berkenaan warna tona yang masih dalam simpanan semasa butik kami.

Diperbuat dari kain yang di-import dari Korea ber-gred AAA, dan dijahit rapi dan teliti mengikut sesebuah rekaan/motif bagi setiap helai tudung. Ia memastikan tudung bawal ini lebih tahan dari mana-mana koleksi tudung bawal yang berada dipasaran.

Tudung bawal sulam eksklusif ini sesuai untuk ke majlis keraian, makan malam (diner) dan juga majlis formal. Ia mudah digayakan mengikut kesesuaian pemakaian anda. Jahitan hujung kain yang rapat dan disediakan loop bagi memastikan tudung mampu bertahan jauh lebih lama dari tudung bawal yang setandingnya.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Kain tudung bawal di-import dari Korea dengan bidang 45 inci, di datangkan khas dengan berbagai warna dwi tona yang memukau dan menarik. Setiap tona warna tudung bawal ini dilaksanakan di kilang kami bagi memastikan tiada persamaan rekaan antara satu dengan yang lain.

Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya.

Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyJ__Is5mQkG2oDYYMJVFbbVJcZDiV3Ufcg_u9PUK2a2zMZ7cp_dIlmX0qt6SzMKekXP7hgfL6K7OFtLfVSchjUoFRdNEjA5WS78mv34tFuWXhEwNr3klWFb6bZfqPBPW50FCaVhCLQmM/s72-c/tudung+baru+bawal+sulam+berlian+handmade.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/tona-merah-jambu-tudung-bawal-bersulam.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Terkini Tudung Bawal Cross-Stitch 2 Layer Warna Biru Air Laut

RM 70.00

Tudung Atie rekaan untuk tudung bawal ber-sulam eksklusif dijahit dengan tangan (handmade). Desain tudung bawal ini dihias dengan berlian yang dijahit pada motif pada kainnya.

Menggunakan asas warna biru air laut. dengan sulam 2 layer dilengkapi jahitan cross-stitch penghujung kain. Tudung bawal ini juga boleh diperoleh dalam berbagai dwi tona warna yang menawan bagi memudahkan pilihan untuk gaya pemakaian.

Hubungi kami untuk pilihan tona warna tudung bawal bersulam eksklusif anda di 0122548781 untuk semakan warna pesanan tudung anda..

Jhitan pada hujung kain tudung bawal ini dijahit dengan rapat bagi menjamin kualiti rekaannya dan kekeasan jahitan. Desain tudung bawal sulam berlian eksklusif ini menggunakan corak yang berbeza diantara satu tudung dengan yang lain. Ini bermaksud anda adalah satu sahaja pemilik setiap keluaran tudung bawal yang dipamerkan untuk jualan menggunakan label Tudung Artie.

Diperbuat dari kain yang di datangkan khas dari Korea yang ber-gred AAA. Dijahit rapi dan teliti mengikut sesebuah rekaan bagi setiap helai tudung bagi kepelbagaian desain motif tudung.

Tudung ini sesuai untuk ke majlis  makan malam (diner) dan juga majlis formal. Ia tersangat mudah digayakan mengikut kesesuaian pemakaian anda. Jahitan hujung kain yang rapat dan disediakan loop bagi memastikan tudung mampu bertahan jauh lebih lama dari tudung bawal yang setandingnya mahupun yang telah berada dipasaran.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Kain tudung bawal ini di-import dari Korea dengan bidang 45 inci. Ia di datangkan dengan berbagai warna dua tona yang memukau dan menarik.

Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya.

Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiC5IQ7o-brv8eOE6k8Q5sevZuNNwao5oXXmUUFPzFH_CpPT3zyS110l714iTa0w9rbpKvXSI4650vlfHOmilFhEocpXEaFBIXr51MbmLdT5iCeR3NFLdt3bP7wwTostnSsXfhZUEksZb8/s72-c/tudung+bawal+eksklusif+artie+biru+berlian+terkini+warna+biru+laut.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/terkini-tudung-bawal-cross-stitch-2.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Rekaan Tudung Bawal Tona Merah Bersulam 1 Layer dengan Berlian Eksklusif

RM 60.00

Rekaan tudung bawal sulam eksklusif oleh Tudung Artie ini dibuat/dijahit tangan (handmade). Desain tudung bawal eksklusif ini dihiaskan dengan berlian yang dijahit pada corak atau motif alam semulajadi pada kainnya.

Pada dasarnya, tudung ini mempunyai warna asas merah hati dua tona, dengan sulam satu layer pada penghujung kain dijaht menggunakan tangan. Tudung bawal ini juga boleh didapati dalam pelbagai dwi tona warna yang memukau bagi menyesuaikan pemakaian anda dalam satu-satu masa.

Hubungi kami untuk pilihan tona warna tudung bawal bersulam eksklusif anda di 0122548781 untuk semakan warna pesanan tudung anda..

Pada jahitan hujung kain tudung bawal koleksi Tudung Artie ini dijahit dengan rapat dan teliti bagi menjamin kualiti rekaannya. Desain tudung sulam eksklusif ini menggunakan motif atau corak yang berbeza antara satu sama lain. Maka jika anda pemiliknya, anda adalah satu-satunya pemilik eksklusif tudung tersebut dan tiada pendua keluaran label Tudung Artie.

Kain tudung bawal ini di-import dari Korea ber-gred AAA. Ia dijahit dengan teliti mengikut sesebuah desain/rekaan dan motif yang diterjemahkan.

Tudung ini sesuai untuk ke majlis keraian, makan malam (diner) dan juga majlis formal. Ia mudah digayakan mengikut kesesuaian pemakaian anda. Jahitan hujung kain yang rapat dan disediakan loop bagi memastikan tudung mampu bertahan jauh lebih lama dari tudung bawal yang setandingnya.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Kain tudung bawal eksklusif ini di-import dari Korea dengan bidang 45 inci, di datangkan dengan berbagai warna dwi tona yang menarik dan mudah dibuat pemadanan gaya pakaian.

Cuci dengan tangan, mesin basuh tidak digalakkan, jangan rendam begitu lama. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya.

Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv2ElDca_xMtBiuDYL1uYfV3RIGNflYl841D5L2sueQzCOGRweIJPp6RE5Apr4nb__iz7FzJ-Xs93OVT1lcDIn5JqLag6yU5MXLeJR29Qynl4AKQeiRO88r_yZCMezyxFab1s-7ksK0kA/s72-c/tudung+bawal+eksklusif+merah+hati+terbaru.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/rekaan-tudung-bawal-tona-merah-bersulam.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bawal Eksklusif Ber-sulam Hias Berlian Tona Biru

RM 60.00

Tudung bawal sulam eksklusif oleh Tudung Artie direka khas dan dibuat/dijahit tangan (handmade). Desain tudung bawal ini dihiaskan dengan berlian yang dijahit pada corak atau motif pada kainnya.

Tudung ini mempunyai warna asas biru dwi tona, dengan sulam satu layer pada penghujung kain. Tudung bawal ini juga boleh diperoleh dalam berbagai dwi tona warna yang memukau bagi menyesuaikan gaya penampilan pemakaian anda.

Hubungi kami untuk pilihan tona warna tudung bawal bersulam eksklusif anda di 0122548781 untuk semakan warna pesanan tudung anda..

Setiap jahitan hujung kain tudung bawal koleksi ini dijahit dengan rapat dan teliti bagi menjamin kualiti rekaannya. Desain tudung bawal sulam eksklusif ini menggunakan motif atau corak yang berbeza. Ini bermaksud anda adalah satu sahaja pemilik setiap keluaran tudung bawal rekaan kami di bawah label Tudung Artie.

Diperbuat dari kain yang di-import dari Korea ber-gred AAA, dan dijahit rapi dan teliti mengikut sesebuah rekaan/motif bagi setiap helai tudung.

Tudung ini sesuai untuk ke majlis keraian, makan malam (diner) dan juga majlis formal. Ia mudah digayakan mengikut kesesuaian pemakaian anda. Jahitan hujung kain yang rapat dan disediakan loop bagi memastikan tudung mampu bertahan jauh lebih lama dari tudung bawal yang setandingnya mahupun yang telah berada dipasaran.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Kain tudung bawal di-import dari Korea dengan bidang 45 inci, di datangkan dengan berbagai warna dwi tona yang memukau dan menarik.

Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya.

Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9JI8I8o9oGilmDvf8_s_jwtGUWMwqhFKZwSuVPoYe2lkYMkDhq8faV-RmhyyQpuAzBsngba-lVF5EE7KRQOq2oZmCqWxGOfsIk7Wr7AYa_2kEViOp1hEB0lFoYU_6sz2g2VA__JXmD8c/s72-c/tudung+bawal+eksklusif+artie+biru+berlian+2.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/tudung-bawal-eksklusif-ber-sulam-hias.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Mampukah Peniaga On-Line Malaysia Bersaing?

Bersediakah industri kecil sederhana di Malaysia dengan perniagaan on-line? Jawapannya mudah: TIDAK! Artie sendiri dapat merasakan berapa cetek ilmu IT Artie bagi memulakan operasi perniagaan dengan pendekatan atas talian, walaupun sudah lebih 4 tahun Artie berjaya dengan koleksi tutung Artie.

Memang banyak perlu Artie pelajari berkenaan persekitaran atas talian ini, dan lebih rumit pembelajaran berkenaan SEO (Artie pun tak ingat apa tuh) SEM (pasal sosial media), SMM (ini Artie ingat pasal suruhanjaya multimedia :-( ...) dan macam-macam lagi yang telah diajar oleh Webmaster kami.


Namun berkat tunjuk ajar yang teliti oleh Webmaster kami, Artie pun tak sangka, dalam 24 jam saja Artie pre-launch website www.artienatasha.com, enjin carian sudah  pun mengindeks beberapa laman website Artie ini. (mengikut kata webmaster, selalunya 3 hari ke seminggu untuk melihat hasil, tapi short-cut yang diberikan olehnya memang tak disangkakan... i loike! :-) )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvWyCVhXftFniSO0KHyPEKnotkC5rDk-xIrIsLVRWvqCVnEWwChJa9I73zOvlqBEpayM1NymYRLu2zxpNznzpUL9WDxdcctALJ6BCypLiQBhu3SaCBXJarDAH9TS3gaEIxDqxGUD2VyPRv/s72-c/industri+kecil+sederhana+perniagaan+online.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/mampukah-peniaga-on-line-malaysia.html Blog
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Custom URL Google Kesan Perniagaan Tudung Artie Natasha

Hari ini Artie Natasha telah mendapat email dari Google+ Team untuk kemaskini custom URL Akaun Google+ ArtieNatasha. Walaupun sudah lama juga Google memberikan pautan URL kustom (custom URL link) kepada pengguna Google+, kali ini Artie Natasha pula menerima link tersebut.

tudung artie natasha google custom URL blog

Seperti mana-mana laman sosial, segala kemudahan haruslah digunakan sebaiknya. Artie pernah ingat kata-kata webmaster Artie dahulu berkenaan Google Plus, Facebook, LinkedIn, Twitter dan seterusnya, tentang keupayaan laman sosial dalam mengembangkan sesuatu perniagaan on-line mahupun off-line.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2bCIn5IxQNagdNEuGdQpIt8d7iHzIVR5jtwVQqMUF4Yf4YeumuzZCPEuzN7ad975AIuieHo7c9fn27ODLLO6-0fhBejyM_8imNbPK5BfVMi-StgOhecz9-t8mHoV6WSJ2NwSWrvggIqEL/s72-c/Custom+URL+Google+Artie+Natasha.jpeg https://www.galeriartie.com/2013/12/custom-url-google-kesan-perniagaan.html Blog
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Cara Mudah Pesan Tudung Artie Natasha On-Line

Artikel ini adalah khusus untuk laman lama www.artienatasha.com dari 2013 hingga ke Jun 2015. Ia masih di publish bagi membolehkan perbandingan dengan laman yang baru ini. Harap Maklum.

Baru diterima dari webmaster artienatasha.com (thanks uols muwaaaah...), video tutorial mudah jika pengguna laman web kami untuk membuat pesanan tudung. Cepat-cepat Artie upload ke youtube dan di FB Artie Fesyen Textile bagi memudahkan peminat-peminat galeri koleksi tudung Artie Natasha.

tudung natasha on-line blog

Harap tutorial ini memudahkan anda semua membuat pesanan on-line kerana sistem laman kami sangat unik dan simple, kebanyakannya dengan hanya klik sahaja! Jangan lupa semak Cart anda sebelum membuat penghantaran untuk pilihan tudung. Pastikan saiz dan kauntiti dipilih jika tidak, anda akan terima panggilan teristimewa dari kami :-)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXL3PXCNj3LzMmDlcgjTmEjLqR1EmANmZlnn5Dh7QEqGt-TMWIaq8CwkTQFxFL8gugMRua4mtd4amHHAvA8h52Jit1Mo0dtYNmvTL5oFXMCpmlfb55hTbfZxfDooeSI6FZDdeFpcsmmBWN/s72-c/Artie+Natasha.jpeg https://www.galeriartie.com/2013/12/cara-mudah-pesan-tudung-artie-natasha.html Blog
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Atasi Kenaikan Harga Barang Cara Bijak - Tips Peniaga dan Pengguna

Dalam menghadapi kenaikan harga minyak petrol, harga tariff elektrik, harga sekilo gula serta barangan produk asas masa kini di Malaysia, kita perlu bersedia dalam apa jua sekalipun. baik untuk pengguna mahupun peniaga.

cara atasi kenaikan harga barang peniaga pengguna di Malaysia blog

Ibu dan ayah Artie pernah berkata "...lebih elok kita menempuhinya dari kita terus mengelak...". memang benar kata-kata orang lama, walaupun kenaikan harga barangan, Arite dan staff Artie di Artie Fesyen Textile Kota Bharu juga tabah menghadapi perubahan sebegini.



Walaupun pihak kerajaan pusat mahupun tempatan telah mengambil segala bentuk bantuan bagi menghadapai situasi sebegini, namun kesannya terus kepada pengguna. Lebih-lebih lagi bagi middle income group. Tidak dilupakan kepada peniaga yang mana, kustemer di Artie Natasha sendiri juga meluahkan rasa kecewa mereka.

Oleh itu, berikut Artie Natasha kongsikan beberapa langkah yang kami lakukan bagi menghadapai masalah keniakan harga barangan perlu di Malaysia kini. Ia sesuai juga bagi para peniaga kerana kebanyakan langkah ini dilakukan bagi memastikan harga koleksi tudung kami sentiasa pada harga teristimewa :-

Menghadapi kenaikan harga petrol.

Gunakan kaedah penghantaran secara berjadual. Sebagai contoh, stok kain dan koleksi Tudung Artie Natasha dan tudung Artie kami lakukan secara berjadual diantara kilang kami di Pengkalan Kubor, stor dan  di kedua-dua butik kami di bandar Kota Bharu. Kami pastikan ia adalah one-way-trip, secara berjadual/berkala supaya bekalan sampai dengan jayanya, selamat dan jimat!

Penjimatan kos penghantaran persendirian sehingga kini - 25% dari penggunaan biasa.

Menghadapi kenaikan perkhidmatan penghantaran

Kebanyakan dari vendor penghantaran yang bekerjasama dengan kami telah berurusan selama lebih dari 4 tahun lagi. Mereka bersama kami sejak sebelumnya pelancaran koleksi Tudung Natasha pada 2007-2009. Oleh itu, dengan membuka akaun dan pengurusan yang strategik untuk menghantar pesanan kustemer setiap hari, setakat ini tiada kenaikan telah diberitakan.

Penjimatan kos penghantaran/pesanan tudung ke kustemer - 0.

Menghadapi kenaikan produk berasakan petroleum.

Pertoleum bagi kami bukan sekadar pada penggunaan kenderaan sahaja. Kami juga menggunakan bahan asas petroleum untuk pembuatan/persiapan kain dan koleksi-koleksi tudung Artie Natasha di kilang kami. Tetapi sejak 2012, kami telah mula menggunakan bahan berasaskan air (waterbase) bagi penggunaan warna dan corak di koleksi tudung kami termasuklah corak lukisan batik pada rekaan eksklusif tudung kami.

Dengan menggunakan bahan berasaskan air sebagai pewarna, ia juga selamat untuk alam persekitaran kerana ia mudah disejat mahupun dilupus. Peminat koleksi tudung-tudung kami menggunakan warna yang lebih tahan dan kekal. Ia disokong dengan penjenamaan koleksi tudung kami yang memerlukan berbagai kriteria serta kelulusan untuk memperolehnya.

Penjimatan barangan produk berasaskan petroleum sehingga kini - hampir 65%

Menghadapi kenaikan harga gula.

Walaupun gula bukannya sebahagian dari asas produk tudung kami, tetapi staf-staff kami di Artie Fesyen Textile semuanya gagah belaka! Maklumlah, kesemuanya lelaki, dan memerlukan lebihan gula kerana bekerja keras menguruskan penghantaran dan pesanan kustemer setiap hari sampai melebihi 100kg untuk pesanan seseorang.

Lagipun kami semua berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang dan terkenal dengan kemanisan makanan, minuman dan orangnya ...ehem... :-)

Oleh itu, Artie pastikan staff-staff Artie sentiasa dalam keadaan sihat, mengadakan program-pragram berkala seperti permaianan Futsal, program komuniti dan sebagainya. Alhamdullialah berkat serta keizinan Yang Maha Berkuasa, kesemua staff-staff Artie dan Artie sekeluarga sihat-sihat belaka.

Menghadapi kenaikan tarif elektrik

Memang sudah dijangkakan kenaikan harga tariff untuk elektrik. Kami di Artie Natasha sudah tentu menggunakan kadar elektrik yang melampau setiap hari. Dengan adantya butik dan kilang menjahit dan membuat kain, sudah tentu bil elektrik melambung bukan?.

Kini Artie cuba praktikkan penggunaan auto switch bagi barangan kegunaan elektrik di premis-premis kami. Ia juga diaplikasikan pada sistem air-cond, kipas, peti ais, mesin jahit, serta mesin-mesin pembuatan kain kami yang lain. Diharap mesin-mesin elektrikal tersebut sentiasa dalam keadaan baik dnegan menggunakan auto switch yang boleh disetkan jangka masanya.

Tidak dilupakan, kami juga menggunakan lampu berkuasa rendah serta lampu LED dari jenama yang disyorkan, siap dengan segala kelulusan dari jabatan tenaga tempatan.

Penjimatan sehingga kini belum dirasakan sejak perubahan tariff elektrik beberepa minggu lalu. Ditambah pula kelewatan penerimaan bil elektrik sejak kebelakangan ini namun kami akan kemaskini dari masa kesemasa.

Kesimpulannya, walaupun perubahan ini tampak kecil, namun ia telah memberikan impak yang tidak disangkakan. Dengan pengeluaran pesanan tudung ketika ini melebihi 250kg bagi koleksi tudung batik, tudung ekin, tudung bawal, tudung jari hantu dan lain-lain ke seluruh Semenanjung Malaysia setiap hari, semoga kaedah yang kami lakukan ini lebih efisyen untuk kmi bekerja.

Ini tidak termasuk pembelian secara persendirian oleh peminat setia kami di kawasan persekitaran termasuk dari Kuantan, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kuala Lumpur dan Kota Bharu, yang datang sendiri untuk mengambil pesanan mereka ataupun untuk shopping. Tidak dilupakan juga pelanggan on-line kami, yang tidak putus-putus membuat pesanan.

Semoga coretan kami dapat dimanfaat oleh pengguna terutamanya peniaga fashionista tudung di luar sana.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhm6FQ4Dcn4Y-vnyRHU_jqcqeJo4xElMgjhFSP-C4vqVEUgBrKAd7cAK0oxNWaMsXM1nA5uuoELR9RRthv6KHUqcXt5o0-a8cgCD0lyYVnUTCnXBmKyAZptHCUJAFrI0ZVuVnif1pGu1tw/s72-c/terbaru+artie+natasha.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/atasi-kenaikan-harga-barang-cara-bijak.html Blog
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Asas Pilih Jenis Kain Pasang / Kain Ela - Tips Kini

Dalam memilih / membeli kain pasang mahupun kain ela, sebaiknya perhatikan beberapa perkara penting berikut iaitu kualiti kain tersebut dan corak atau warnanya.

Berikut adalah beberapa penerangan secara ringkas beberapa kain-kain pilihan utama kain pasang / ela sebagai panduan.

tips penting pilih kain tudung natasha blog

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlXEU2nwPkhSWMCcb1O6FwVAGxx93O3bhXp_xKd37Cpp9TUEGPqlF2rezW2og-vigU1ACXb2GgDDpn3uLNvIBvHZvs2kEWvh4XvdPlP6mkzxDsAcjOFojmQJwT3MdFcPAs568IGM89Seh3/s72-w640-c-h480/tips+pilih+kain+pasang+kain+tudung+pemakai.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/asas-pilih-jenis-kain-pasang-kain-ela.html Blog
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tips Memilih Warna Tudung untuk Dipakai

Ketika ini, memang agak sukar untuk memlih warna pakaian yang bersesuaian dengan pilihan warna tudung, lebih-lebih lagi di Artie Natasha sahaja, lebih 1000 warna dan desain telah keluarkan/berada di pasaran.

tip mudah pilih warna corak tudung dengan pakaian harian pejabat blog

Berikut adalah beberapa tips serba ringkas dan informatif bagi membantu anda untuk memadankan warna pakaian dengan tudung pilihan anda.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj30o5BErHiJTH36Z0cYzv5wOocZXuhDVBOpyRIg8FSj0PqxWeQ-5Ejsg0HT_ejXJ4U3X08M_etVHeEKnCETb-1yecOJ7NhnmWz1WVgzolfwYALMJwbR5OrGhkiXcjqOJ519CgMbYlhLZk/s72-w640-c-h631/tips+mudah+pilih+warna+tudung+dan+pakaian.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/tips-memilih-warna-tudung-untuk-dipakai.html Blog
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Gaya Tudung Bawal Sulam Tebuk Berlian Warna Peach

RM 70.00

Menampilkan tudung bawal sulam eksklusif Tudung Artie direka khas dengan sulaman tebuk. Tudung dwi tona berwarna asas peach ini mempunyai sulaman dijahit tangan (handmade 100%). Desain tudung bawal ini dihiaskan dengan berlian yang dijahit pada corak atau motif kainnya.

Tudung bawal warna lembut ini dijahit cross-stitch pada penghujung kainnya bagi menambahkan perincian kepada keseluruhan konsep rekaannya. Tudung bawal ini juga boleh diperoleh dalam berbagai warna dwi tona (dual tone) yang memukau dan sangat eksklusive jika digayakan.

Diperbuat dari kain di-import dari Korea ber-gred AAA, dan dijahit rapi dan teliti mengikut sesebuah rekaan/motif bagi setiap helai tudung. ini bermakna, bagi setiap keluaran tudung bawal dibawah label Tudung Artie adalah lain antara satu dengan yang lain.

Sesuai digayakan untuk ke majlis makan malam (diner) dan juga majlis formal. Mudah pemadanan dengan koleksi pakaian anda yang sedia ada, jahitan lebih tahan, aksesori tudung lebih eksklusif dengan kualiti pembuatan tudung yang setandingnya.




Kain tudung bawal di-datangkan khas dari Korea dengan bidang 45 inci. boleh didapati dalam berbagai warna dwi tona (dual tone) yang sungguh memperson.

Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya.

Rekaan eksklusif tudung bawal sulam tebuk cross-stitch hias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSE1Jz9lYfFrMiv27kZNS_ay1ofb8Pp05QxRS8jF11FECgzbs_mXPjfocByry-7uEMHhnU2kyaRhtPy6lzbDk3Dqwb2uWKtcMBL4I0CmnKZyf4EIQSTE6BGhMSKFejSHpZC8sHLfxBHus/s72-c/20131228_160354.jpg https://www.galeriartie.com/2020/06/gaya-tudung-bawal-sulam-tebuk-berlian.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bersulam Tebuk Eksklusif Dwi Tona Emas (Black Gold)

RM 70.00

Warna emas dwi tona menampilkan tudung bawal sulam eksklusif oleh Tudung Artie. Ia direka khas dan dibuat/dijahit tangan (handmade) pada sulamannya. Desain tudung bawal ini juga mempuyai berlian dijahit rapi dan teliti pada corak atau motif bunga pada kain tersebut.

Pada penghujung kain tudung bawal ini dijahit cross-stitch dan juga mempunyai perincian istimewa sulam tebuk. Setiap rekaan adalah berbeza membuatkan tudung bawal ini unik jika digayakan. Terdapat juga banyak lagi pilihan warna dwi tona (dual tone) yang sangat cantik, untuk menyesuaikan dengan koleksi pakaian anda.

Untuk maklumat lanjut pilihan warna dua tona dalam koleksi Tudung Artie, sila hubungi 0122548781 dan pegawai kami akan membantu anda.

Kain tudung bawal ini adalah dari kain ber-gred AAA yang datangnya dari Korea. Pada penujung kain tudung ini dijahit kemas supaya rekaana sulam tebuk lebih tahan dari tudung bawal berjenama yang setanding dengannya.

Tudung ini sangat sesuai untuk ke majlis keraian, makan malam (diner), ke pejabat mahupun ke majlis formal. Senang digaya pakai dan sesuai dengan berbagai pilihan warna thema pakaian yang ingin anda padankan. .
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.

Kain tudung bawal di-import dari Korea dengan bidang 45 inci, di datangkan dengan berbagai warna dwi tona yang memukau dan menarik.

Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya.

Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdemw0t8EJJYjdvtXR4ULqyL94fAjeTlDnVb_O7R3_52h1Zx3Seiz_Y0CHy2P_yA-w9x-Krpv0kFoYSxp0uqSCiT9H7kaavhFa1-e2Nurw46KrqUwfPgKetc_X9PWMj6yc5AgqBDxr3mI/s72-c/20131228_163104.jpg https://www.galeriartie.com/2020/06/tudung-bersulam-tebuk-eksklusif-dwi.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Bawal Sequin dengan Corak Kain Sinar

terbaru tudung sequin dengan manik
Tudung bawal Sequin! Rekaan tudung terkini bawal bidang 45' dgn lebih eksklusif, Artie Natasha menggunakan warna pilihan yang pasti memukau. Ditambah seri dengan hiasan kilauan sequin.

Rekaan tudung exclusive dan minimal, sesuai dengan gaya muslimah moden dan trendsetters Malaysia. Kain bawal yang lebih berkualiti yang lebih bagus drp kain Cap Kanggaroo.

Material: Kain bawal licin
Saiz: Bidang 45 inci

Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).
RM 27.00
Add to Cart
Terhad
RM 12.00
RM 22.00
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHSnJ3Fasrp4Cb-Lu2yFqwKVqH6QmMMRPvlCTskcZfFxSfgCiJjpfb4ht30aRLXqiT5YDR7CsybyMkKNOPotuyWv2aUZu_8S5K5PZ8g1wTJreviSFeh1LMNdaikJTS_zaerbY0J3Ur0ehl/s72-c/IMG_20140928_154455.jpg https://www.galeriartie.com/2014/09/bawal-sequin-dengan-corak-kain-sinar.html Store,Tiada Stok,Tudung-Artie,Tudung-Bawal