RM 70.00 |
Kini martabat tudung bawal berada di kelasnya tersendiri! Menampilkan tudung bawal galeri Tudung Artie menyajikan koleksi tudung eksklusif buat peminat tudung bawal dan fashionista muslimah. Tudung bawal berwarna merah jambu ini dwi tona dihiasi sulam yang dijahit tangan (handmade) serta diperincikan dengan berlian untuk menambahkan serinya. Motif dan corak sulam merujuk kepada tumbuh-tumbuhan dan alam, menambahkan eksklusif penampilan tudung bawal kini. Kain hujungnya dijahit 2 layer dengan cross stitch menambahkan perincian pada setiap rekaan. Setiap rekaan tudung bawal galeri Tudung Artie adalah lain dari yang lain dan jika anda pemiliknya, hanya anda sahaja yang mempunyai tudung bawal rekaan tersebut. Tudung ini juga boleh diperoleh dalam berbagai dwi tona warna yang memukau dan menawan bagi menyesuaikan gaya penampilan pemakaian anda pada satu-satu masa. hubungi 012-2548781 (En. Asri) untuk maklumat lanjut berkenaan warna tona yang masih dalam simpanan semasa butik kami. Diperbuat dari kain yang di-import dari Korea ber-gred AAA, dan dijahit rapi dan teliti mengikut sesebuah rekaan/motif bagi setiap helai tudung. Ia memastikan tudung bawal ini lebih tahan dari mana-mana koleksi tudung bawal yang berada dipasaran. Tudung bawal sulam eksklusif ini sesuai untuk ke majlis keraian, makan malam (diner) dan juga majlis formal. Ia mudah digayakan mengikut kesesuaian pemakaian anda. Jahitan hujung kain yang rapat dan disediakan loop bagi memastikan tudung mampu bertahan jauh lebih lama dari tudung bawal yang setandingnya. |
Kuantiti: Tambah ke Cart |
Ketika ini item di dalam Cart anda. |
Perincian: |
Kain tudung bawal di-import dari Korea dengan bidang 45 inci, di datangkan khas dengan berbagai warna dwi tona yang memukau dan menarik. Setiap tona warna tudung bawal ini dilaksanakan di kilang kami bagi memastikan tiada persamaan rekaan antara satu dengan yang lain. Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya. Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. . |
Bawal Sulam (Yang Viral Tu...)
Siapa sangka, tahun 2022 menyaksikan ‘kebangkitan semula’ trend tudung bawal sulam dengan corak yang lebih minimalis, klasik dengan berbagai fabrik bawal yang berbeza. Kebanyakan seller menjual tudung/hijab ini dengan harga sekitar RM40-RM50 sehelai bergantung kepada corak sulaman tudung bawal mereka. Sekitar tahun 2000 ke atas, tudung ini sangat popular dipakai oleh wanita-wanita Melayu dengan berbagai cara gaya & design, siap hiasan batu & manik keliling kain untuk tudung bawal sulam mereka. Tudung bawal sulam kembali hangat terjual di pasaran? Tahun 2022, ramai yang mula selongkar almari di rumah untuk mencari tudung-tudung lama terutamanya yang pernah dimiliki ibu mereka. Menurut pemilik-pemilik tudung bawal sulam di TikTok, terdapat banyak helai yang ‘diperam’ simpan, dengan berbagai warna & corak yang lebih menarik. Ada sesetengah tudung bawal sulam milik mak-mak mereka tampil lebih cantik berbanding design tudung bawal sulam klasik yang viral terjual d
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab pengulas yang secara sedar menerbitkannya. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi di laman kami.