RM 70.00 |
Menampilkan tudung bawal sulam eksklusif Tudung Artie direka khas dengan sulaman tebuk. Tudung dwi tona berwarna asas peach ini mempunyai sulaman dijahit tangan (handmade 100%). Desain tudung bawal ini dihiaskan dengan berlian yang dijahit pada corak atau motif kainnya. Tudung bawal warna lembut ini dijahit cross-stitch pada penghujung kainnya bagi menambahkan perincian kepada keseluruhan konsep rekaannya. Tudung bawal ini juga boleh diperoleh dalam berbagai warna dwi tona (dual tone) yang memukau dan sangat eksklusive jika digayakan. Diperbuat dari kain di-import dari Korea ber-gred AAA, dan dijahit rapi dan teliti mengikut sesebuah rekaan/motif bagi setiap helai tudung. ini bermakna, bagi setiap keluaran tudung bawal dibawah label Tudung Artie adalah lain antara satu dengan yang lain. Sesuai digayakan untuk ke majlis makan malam (diner) dan juga majlis formal. Mudah pemadanan dengan koleksi pakaian anda yang sedia ada, jahitan lebih tahan, aksesori tudung lebih eksklusif dengan kualiti pembuatan tudung yang setandingnya. |
Kain tudung bawal di-datangkan khas dari Korea dengan bidang 45 inci. boleh didapati dalam berbagai warna dwi tona (dual tone) yang sungguh memperson. Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya. Rekaan eksklusif tudung bawal sulam tebuk cross-stitch hias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. . |
Warna Baru Tudung Bawal Cotton Voile Japan 2024
Fesyen muslimah di Malaysia berkembang pesat sejak 10 tahun kebelakangan ini. Kaum hawa yg berhijab bertudung kini lebih berani mengayakan fesyen² yg lebih sofistikated, bijak pula menggabung padan tona² warna, tetapi masih mengekalkan kesederhanaan (modest) -- berpakaian cara muslimah. Oleh kerana pilihan warna busana² kaum hawa berhijab terlalu banyak, penuh warna-warni, maka bertambahlah rona² warna tudung bg memudahkan suai padan gaya fesyen dipakai masing². Sudah tentu pilihan utama kaum Hawa berhijab fesyen memilih tudung bawal atau shawl kerana rekaan tudung² begini mempunyai pilihan warna yg lebih luas berbanding warna² keluaran koleksi tudung ikut trend semasa.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.