Asas Pilih Jenis Kain Pasang / Kain Ela - Tips Kini

Dalam memilih / membeli kain pasang mahupun kain ela, sebaiknya perhatikan beberapa perkara penting berikut iaitu kualiti kain tersebut dan corak atau warnanya.

Berikut adalah beberapa penerangan secara ringkas beberapa kain-kain pilihan utama kain pasang / ela sebagai panduan.

tips penting pilih kain tudung natasha blog

Kain Pasang Jenis Polyester

Kain pasang atau jenis ela ini dibuat dari bahan serat sintetik (synthetic fibre). Walaupun harganya lebih murah dan ekonomi serta mempunyai berbagai warna dan corak, fabrik ini kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika, iaitu panas dan lembab sepanjang tahun.

Secara amnya, bahan ini tidak akan menyerap peluh, dan boleh menyebabkan ketidakselesaan si pemakai. Manakala kelebihan kain polyseter jenis ini adalah ianya mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan akan sentiasa kelihatan kemas serta rapi.

Kain Jenis Cotton

Kain kapas atau cotton biasanya lebih selesa dan sejuk dipakai berbanding dari kain pasang /ela jenis plyester. Harga dipasaran bagi kain kapas (cotton) juga ekonomi dan kini boleh diperolehi dengan berbagai warna dan corak tersedia.

Kain Pasang Jenis Kapas Penuh (Full Cotton - Cotton 100%)

Kain pasang dan kain ela adalah jenis pilihan kain pasang terbaik. Pemakain yang menyarungkan kain jenis ini akan lebih selesa serta lebih sejuk berbanding dengan kain pasang jenis kapas biasa,

Oleh kerana kandungan kapas yang seratus-peratus (100%), kain ela / pasang jenis ini lebih mudah kusut dan memerlukan penjagaan rapi.

Bagi memilih kain pasang atau ela yang dibuat daripada bahan 100% kapas, pengguna diminta untuk lebih berhati-hati kerana kini kebanyakan penjual kain pasang / ela akan mengakui produk mereka adalah kain kapas 100%.

Sebagai panduan, kain pasang atau kain ela jenis kapas 100%, adalah lebih lembut dan mudah kusut bila dipegang. Namun begitu, bahan pewarna juga memainkan peranan kerana hanya bahan warna yang terbaik sahaja boleh digunakan.

Kain Pasang Jenis Satin

Kain pasang atau kain ela dari jenis satin adalah juga seratus peratus (100%) kapas (cotton). Yang membezakan satin dengan kain cotton 100% adalah anyamannya.

Anyaman bagi kain pasang / ela jenis satin adalah bersilang-silang antara 1 benang dengan 4 hingga 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus, sesebuah pengeluaran kain satin tersebut.

namun begitu, semakin banyak anyaman bersilang diantara kain satin dan cotton, kain pasang jenis ini akadalah lebig rapuh apabila ia diberus ketika mencuci.

Antara ciri-ciri kain satin ini adalah seperti :-

  • kain pasang yang berat 
  • berkilat pada permukaan
  • kainnya agak tebal 
  • lebih lembut walaupun ianya tebal

Selain itu, warna yang digunakan juga mempengaruhi kelembutan sesbuah pengeluaran kain satin. Bahan yang menggunakan dari asas warna putih akan terasa lebih lembut daripada bahan yang berwarna-warni pada sesebuah pengeluaran kain pasang/ela jenis satin tersebut.

https://4.bp.blogspot.com/--1AhtamDcvU/UqnQoocifSI/AAAAAAAAAEg/UrO1pgbZ45o/s72-c/tips+pilih+kain+pasang+kain+tudung+pemakai.jpg https://www.galeriartie.com/2013/12/asas-pilih-jenis-kain-pasang-kain-ela.html Blog

1 ulasan:

  1. Semoga tips ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Lebih2 lagi dengan keadaan dan cuaca tidak menentu kita di Malaysia.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • SkyNet - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • Mel Udara - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.