RM 70.00 |
Warna emas dwi tona menampilkan tudung bawal sulam eksklusif oleh Tudung Artie. Ia direka khas dan dibuat/dijahit tangan (handmade) pada sulamannya. Desain tudung bawal ini juga mempuyai berlian dijahit rapi dan teliti pada corak atau motif bunga pada kain tersebut. Pada penghujung kain tudung bawal ini dijahit cross-stitch dan juga mempunyai perincian istimewa sulam tebuk. Setiap rekaan adalah berbeza membuatkan tudung bawal ini unik jika digayakan. Terdapat juga banyak lagi pilihan warna dwi tona (dual tone) yang sangat cantik, untuk menyesuaikan dengan koleksi pakaian anda. Untuk maklumat lanjut pilihan warna dua tona dalam koleksi Tudung Artie, sila hubungi 0122548781 dan pegawai kami akan membantu anda. Kain tudung bawal ini adalah dari kain ber-gred AAA yang datangnya dari Korea. Pada penujung kain tudung ini dijahit kemas supaya rekaana sulam tebuk lebih tahan dari tudung bawal berjenama yang setanding dengannya. Tudung ini sangat sesuai untuk ke majlis keraian, makan malam (diner), ke pejabat mahupun ke majlis formal. Senang digaya pakai dan sesuai dengan berbagai pilihan warna thema pakaian yang ingin anda padankan. . |
Kuantiti: Tambah ke Cart |
Ketika ini item di dalam Cart anda. |
Kain tudung bawal di-import dari Korea dengan bidang 45 inci, di datangkan dengan berbagai warna dwi tona yang memukau dan menarik. Cuci dengan tangan sahaja, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung untuk kering dan lipat/gulung jika tidak digunakan. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya. Rekaan eksklusif tudung bawal bersulam dan berhias berlian Tudung Artie, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu KELANTAN. . |
Bawal Sulam (Yang Viral Tu...)
Siapa sangka, tahun 2022 menyaksikan ‘kebangkitan semula’ trend tudung bawal sulam dengan corak yang lebih minimalis, klasik dengan berbagai fabrik bawal yang berbeza. Kebanyakan seller menjual tudung/hijab ini dengan harga sekitar RM40-RM50 sehelai bergantung kepada corak sulaman tudung bawal mereka. Sekitar tahun 2000 ke atas, tudung ini sangat popular dipakai oleh wanita-wanita Melayu dengan berbagai cara gaya & design, siap hiasan batu & manik keliling kain untuk tudung bawal sulam mereka. Tudung bawal sulam kembali hangat terjual di pasaran? Tahun 2022, ramai yang mula selongkar almari di rumah untuk mencari tudung-tudung lama terutamanya yang pernah dimiliki ibu mereka. Menurut pemilik-pemilik tudung bawal sulam di TikTok, terdapat banyak helai yang ‘diperam’ simpan, dengan berbagai warna & corak yang lebih menarik. Ada sesetengah tudung bawal sulam milik mak-mak mereka tampil lebih cantik berbanding design tudung bawal sulam klasik yang viral terjual d
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab pengulas yang secara sedar menerbitkannya. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi di laman kami.