Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan di bulan Ramadhan, sahabat-sahabat niaga semua membuat serta mengambil tempahan tudung desain terkini lebih awal lagi.

Pada bulan April sebelumnya sempat juga kami di Artie Natasha menerima tetamu khas dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan serta wartawan Harian Metro Cik Nor Amalina Alias yang sudi singgah ibu pejabat kami di Kota Bharu serta menemuramah warga kerja Artie Natasha.
Banyak soalan telah dilemparkan kepada tenaga pengurusan Artie Natasha bagi tujuan penerbitan artikel yang akan disiarkan di Harian Metro (melalui ruangan myMetro) pembabitan serta kejayaan usahawan tempatan yang luar biasa.
Pada 4 hb Mei 2015, selamatlah akhbar nasional harian Metro menerbitkan artikel berkenaan kami di Artie Natasha sebanyak 3 muka surat penuh! Satu pengiktirafan buat kami & kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan yang hadir kerana sanggup melayan kerenah kami sehingga melawat & bermesra dengan kakitangan kilang kami yang tidak seberapa itu.
Boleh baca artikel tersebut online di pautan berikut http://www.hmetro.com.my/node/42853

Ini pengalaman yang sangat manis kerana kami boleh kongsikan sedikit sebanyak latarbelakang kami di Dunia Tudung Artie Natasha & bagaimana kami boleh mewujudkan rekaan tudung terkini dengan harga mampu milik, jauh lebih rendah dari jenama-jenama tudung yang berada dipasaran ketika ini.
Diharap ia serba sedikit membuahkan semangat untuk usahawan lain bagi meneruskan perjuangan dalam perniagaan masing-masing - insyaAllah.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab pengulas yang secara sedar menerbitkannya. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi di laman kami.