Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 bulan Julai ini, Artie Natasha telah mengeluarkan beberapa tudung/hijab instant rekaan khas untuk musim perayaan sejak sebelum bulan Ramadan lagi.
Antara menjadi rebutan terhangat adalah tudung instant shawl 2 muka atau lebih
dikenali Natasha 2 Loops material chiffon dengan bunga kuntum hiasan.
Artie Natasha juga telah menerima banyak request dari fans untuk siarkan tutorial cara-cara memakai tudung instant 2 muka kain chiffon ini, dan dalam kesibuka Sale Aidilfitri di butik Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan, residen model kami, Puan Faras sempat meluangkan masa untuk menyediakan tutorial tersebut. harap ia membantu dalam mengayakan tudung rekaan paling hangat untuk Hari Raya 2015 ini.
Banyak lagi tutorial tudung instant shawl dikongsikan oleh kami di ARtie Natasha di Channel Youtube kami di sini https://youtu.be/3rqiFG47laQ
Berikut sedikit latarbelakang rekaan tudung Natasha 2 Loops Chiffon Bunga:-
- Diperbuat dari material chiffon yang berkualiti, warna lebih tahan, lebih kilat & tidak terlalu jarang (opac)
- Mudah digaya dengan menyarungkan loop muka sahaja.
- Perincian bunga kuntum warna padanan menyerikan pemakaian.
- Terdapat dalam 12+ warna chiffon yang sangat awesome.
- Sedikit kefutan pada bahagian sisi memberikan alunan (volume) ketika memakainya.
Jika berkesempatan, SUBSCRIBE channel Youtube kami untuk mendapatkan rekaan paling HOT permintaan semasa peminat fesyen hijab Malaysia di rangkaian kami berikut https://www.youtube.com/channel/UCPux-AGKJpquCX29tZKkwKQ
Sokongan anda sangatlah dihargai demi memertabatkan rekaan tudung terbaru berjenama dengan harga lebih nilai & mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.