RM 10.00 |
Tudung sekolah berwarna pink (merah jambu) keluaran Artie Natasha untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Menggunakan kain cotton + lycra, dengan kani lebih tebal dan mudah dijaga. Setiap helai tudong dijahit kemas dengan double stitching bagi menjamin kelasakan penggunaan pelajar-pelajar sekolah dan tudung sekolah ini tidak mudah kusut!. Lengkap dengan awning tudong selebar 2 inchi, potongan sangat selesa mengikut saiz muka pelajar. Rekabentuk mematuhi piawaian ukuran saiz tudung pelajar sekolah-sekolah di Malaysia. Mudah dibasuh, senang dijaga serta rekaan awning yang tidak mudah patah walaupun dibasuh berulang kali! Pasti mengekalkan bentuk tudung asal ketika mula membelinya! |
Perincian: |
Kain kapas(cotton), ukuran panjang kain sebelum dilipat - 22-24 inci depan, ukur muka - 11 inci, ukur awning - 10 inci dan lebar awning bahagian atas - 2 inci. Cuci dengan tangan, mesin basuh tidak digalakkan. Gantung tudong untuk kering dan lipat/gulung tudung tersbut jika tidak digunakan. Gosok tudung sekolah ini pada kepanasan pertengahan (medium) jika diperlukan. Rekaan tudung sekolah Artie Natasha School! untuk pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. |
Bawal Sulam (Yang Viral Tu...)
Siapa sangka, tahun 2022 menyaksikan ‘kebangkitan semula’ trend tudung bawal sulam dengan corak yang lebih minimalis, klasik dengan berbagai fabrik bawal yang berbeza. Kebanyakan seller menjual tudung/hijab ini dengan harga sekitar RM40-RM50 sehelai bergantung kepada corak sulaman tudung bawal mereka. Sekitar tahun 2000 ke atas, tudung ini sangat popular dipakai oleh wanita-wanita Melayu dengan berbagai cara gaya & design, siap hiasan batu & manik keliling kain untuk tudung bawal sulam mereka. Tudung bawal sulam kembali hangat terjual di pasaran? Tahun 2022, ramai yang mula selongkar almari di rumah untuk mencari tudung-tudung lama terutamanya yang pernah dimiliki ibu mereka. Menurut pemilik-pemilik tudung bawal sulam di TikTok, terdapat banyak helai yang ‘diperam’ simpan, dengan berbagai warna & corak yang lebih menarik. Ada sesetengah tudung bawal sulam milik mak-mak mereka tampil lebih cantik berbanding design tudung bawal sulam klasik yang viral terjual d
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab pengulas yang secara sedar menerbitkannya. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi di laman kami.