Umum ketahui bahawa Shopee & beberapa lagi laman jual beli ecommerce di Malaysia telah menaikkan kadar fi atau caj perkhidmatan kepada seller².
Bermula 1 Ogos 2024, aplikasi Shopee telah mengenakan caj sehingga 20% bagi sesetengah kategori & tambahan 3.5% sebagai caj transaksi.
Imej: TheEdge
Pertengahan Ogos 2024 pula, aplikasi membeli belah Lazada juga menaikkan caj perkhidmatan sehingga 10% bagi sesetengah kategori produk, maka seller² penjual terpaksa kemaskini harga jualan mereka.
Ramai tanya kenapa berlaku kenaikan caj tersebut? Ada kami terangkan kenapa caj² tersebut dinaikkan oleh Shopee di laman ini: https://www.galeriartie.com/2024/07/kenapa-shopee-naikkan-caj-khidmat.html
Cara Mudah Kira Harga Jualan Produk di Shopee Terbaru
Berikut kami kongsikan, cara termudah untuk meletakkan harga lantai produk anda supaya harga akhir, setelah ditolak caj² platform, adalah nilai yg anda perlukan.
Disini kami mengambil contoh produk dalam kategori Pakaian & Tekstil yg dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% oleh sistem Shopee.
1. Kiraan harga produk tidak ikuti program² Shopee tetapi dikenakan caj² biasa Shopee seperti caj perkidmatan, caj transaksi & SST 8%:-
<harga produk dikehendaki> + 15/100
Contoh: RM10 + 15% = RM11.50
Maka harga lantai produk anda yg dijual di Shopee adalah sebanyak RM11.50
2. Kiraan harga produk anda yg ingin ikuti program² Shopee spt Coins Cashback, Free Returns tanpa caj, fi COD, fi ShopeePayLater termasuk caj SST 8%.
<harga produk dikehendaki> + 18/100
Contoh: RM20 + 18% = RM23.60
Harga lantai produk anda jika anda menyertai program² tambahan Shopee adalah RM23.60. maka apabila ditolak semua caj² tersebut, anda akan peroleh lebih sedikit dari RM20 harga produk asal yg anda perlukan.
Ini adalah kiraan mudah, setelah mengambil maklum fi² caj tambahan yg dikenakan kepada semua seller Shopee, termasuk..
- Fi COD - caj dikenakan oleh pihak shipper untuk mengambil bayaran bg pihak anda/Shopee.
- Fi SPayLater - walaupun pilihan 3 bulan bayar ansuran tidak dikenakan fi tambahan, namun ambil kira bg pembeli yg memilih bayaran ansuran 6 - 12 bulan.
- Fi kad credit - pembelian menggunakan kad kredit juga dikenakan fi ditanggung oleh seller.
- Caj SST 8% - dikenakan kepada semua transaksi di sistem Shopee
Penting supaya anda dapatkan caj perkhidmatan sebenar produk anda mengikut kategori produk yg ditetapkan oleh Shopee atau Lazada.
Maka peratusan tambahan yg betul untuk anda tampung caj² dikenakan sistem Shopee/Lazada tidak membebankan anda nanti.
Oleh itu nilai akhir jualan anda peroleh adalah harga yg anda perlukan utk produk tersebut.
Kecoh Harga Barang di Shopee Mahal sejak Ogos 2024?
Inilah sebabnya kenapa ramai telah kecoh, pada awal bulan Ogos lalu, harga produk mahal di Shopee & Lazada berlaku, kerana kenaikan harga yg sangat drastik bg menampung kenaikan kadar caj² dikenakan kepada Seller.
Sebelum bulan Ogos, pada Januari 2024, semua Seller² antarabangsa, dikenakan Cukai Jualan Barangan Nilai Rendah (Low Value Goods LGV) sehingga 10% bg setiap jualan mereka.
Pada awalnya, seller² sanggup utk serapkan caj² perkhidmatan & tersembunyi kerana kadarnya adalah rendah, antara 2.25% - 4.7%.
Setelah kenaikan caj antara 10% hingga 20% di Shopee, seller² penjual tidak dapat menampung atau menyerapkan lagi kos² itu kerana ada diantara harga akhir yg diterima lebih rendah dari harga modal produk dijual mereka.
Untuk makluman caj perkhdimatan tertinggi adalah 20% tidak termasuk SST bagi produk² digital yg tidak memerlukan penghantaran sebagai produk fizikal.
Semoga ia membantu.
Comfortability: selesa
BalasPadamMaterial: cotton
Barang sampai dalam keadaan baik,, seller shipping cepat... Penghantaran laju... Semua ok... Tq
Material: material cotton voile best dh biasa pakai🩷
BalasPadamcolor cantik puas hati nk kata dark maroon sgt tak . just maroon biasa tapi dia gelap jugak . jahitan ok je . brand artie ni best dari dulu lagi . fast delivery and seller ramah terima kasih 😍♥️♥️
Material: Cotton
BalasPadamComfortability: Kain lembut dan tidak terlalu kaku
Bungkusan baru diterima..Belum sempat untuk saya cuba..Penghantaran agak cepat dari yang saya sangka..Warna sesuai dengan keinginan dan seperti yang saya lihat dari online shop seller...Anyway...Terima kasih banyak seller...
Sory gambar tak berkaitan. Tapi tudung sampai dengan elok. Material pun elok. Yang bengangnya dah stereka buh atas kerusi kucing mai cakar😭😭😭
BalasPadam