Kain tudung bawal anda lembik, terlalu lembut & susah dibentukkan ketika memakai? Kini tips mudah mengeraskan bahagian awning tudung bawal mahupun shawl anda.
Secara umumnya ada 2 cara paling mudah yang boleh digunakan sama, yang lebih ekonomi mahupun memerlukan membeli produk pengeras kain.

Tips Menggunakan Lilin (Lebih Ekonomi)
Mudah sahaja kaedahnya. Hanya perlu gosokkan hujung lilin dengan perlahan pada tempat yang anda ingin bentukkan. Ia bertujuan untuk mengeraskan tudung yang lembut itu pada bahagian yang anda tentukan agar anda boleh mendapat bentuk yang lebih tajam & keras.
Bagi individu yang berwajah bulat, melakukan kaedah ini mengelakkan dari kedudukan kain tudung bawal anda "jatuh" & menepek pada dahi.
Sapukan rata lilin secara memanjang pada tudung atau shawl tersebut dari bawah leher hingga ke hujung kawasan dahi. Setelah disapu, gosok dengan seterika, pada kepanasan perlahan & lilin yang di sapu itu akan cair & melekat pada kain tudung atau shawl.
Sentiasa ingat! Jangan sapu keterlaluan lilin atau terlampau tebal kerana ia akan menampakkan tempekan lilin, lebih jelas kelihatan lilin ketika memakai. Hasilnya, jika lilin berlebihan ia akan memberikan tona berwarna pada kain tudung bawal/shawl anda nanti.
Jika disapu lilin berlebihan, tudung bawal atau shawl anda akan menjadi terlaalu keras & lilin sukar pula untuk ditanggalkan jika dibasuh.
Kaedah ini lebih jimat & ekonomi.
Hanya guna lilin putih sahaja! Lilin berwarna akan memberikan tona warna berlainan kepada tudung bawal/shawl anda & ada ketika boleh merosakkan kain kerana pigmen warna lilin berlebihan.
Kaedah Fabric Starch/Spray Kanji
Biasanya 'fabric starch' ataupun semburan kanji digunakan untuk memudah kerja-kerja menggosok pakaian yang mempunyai kedutan melampau. Ada yang berpendapat, 'fabric starch' sesuai digunakan pada pakaian sahaja.
Sebenarnya semburan kanji ini boleh digunakan pada tudung atau shawl yang ingin dipakai atau digayakan. Kaedahnya sama seperti menggunakan lilin, cuma dengan kaedah semburan, ia lebih mudah & cepat.
Sembur pada bahagian awning tudung bawal/shawl yang ingin anda bentukkan serta gosok dengan seterika pada kepanasan perlahan/sederhana.
Dengan menggunakan fabric starch, tudung tidak kotor atau bertukar warna serta 'fabric starch' ini mudah tertanggal setiap kali dibasuh. Menggunakan kaedah fabric starch ini memerlukzn sedikit bajet berbanding penggunaan lilin, namun jika masa anda suntuk, tidak menjadi masalah jika ingin cepat, mudah dan kelihatan cantik sentiasa.
BONUS: Dapatkan tips untuk membuang lapisan lilin tebal pada kain tudung dengan super mudah! Sila baca ruang komen dibawah, terima kasih kerana berkongsi...
Kalau guna untuk tudung sekolah boleh x.��
BalasPadambleh ^^
PadamTudung sekolah pun boleh. Tp skrang nih ramai guna tudung instant sj utk tudung sekolah sbb sudah siap dgn cap. Tapi tebal seikit lew sebb guna kain lycra atau tshirt.
Padamtapi kn camna nk guna lilin..maksud sye..camne nk taruk lilin tu..
BalasPadamJika pd bawal, sapukan secara rata bahagian DALAM kawasan lipatan segitiga tudung selebar 3-4inci dan pjgnya lebih kurang capping anda inginkan, bermula dr tengah. Seeloknya selepas anda iron bawal tuh sbb kain masih panas. Kemudian bila pakai, lipat spt biasa dan bhgian tengah (capping) akan lebih steady dn keras sdikit.
PadamApa yg akk slalu buat bila dh beli lilin, kerat lilin tuh lebih kurang 3-4 inci panjang so senang nk roll sambil sapukan di kawasan lipatan segitiga tersbut.
Yg penting, jgn sapu lilin byk sgt, hanya sapuan ringan sahaja bg mudahkan lilin tanggal bila dibasuh. Jika terlalu tebal lilin itu, nampak kesan ketika pakai dan terlalu keras pula capping.
Harap ia membantu.. ;)
Macam mane nk hilangkan kesan lilin dekat awning tu? Bile dah lilin
BalasPadamAda dikongsikan tutorial dibawah (ruang komen) cara mudah hilangkan kesan lilin pada tudung. Selamat mencuba yea..
PadamCmne nk hilangkan kesan lilin tu...sbb sye buat nmpk kesan lilin pada tudung
BalasPadamAda dikongsikan tutorial dibawah (ruang komen) cara mudah hilangkan kesan lilin pada tudung. Selamat mencuba yea..
PadamSalam akak cemana nak hilangkan lilin yg terover tuh 😅
BalasPadamBoleh rujuk tutorial hilangkan lilin dengan mudah guna seterika & kertas A4 dikongsikan di ruang komen dibawah. Selamat mencuba...
PadamNanti lama ii jadi bekas
BalasPadamBetul tu, kalau tersapu lilin banyak sangat. basuh pun tak hilang, boleh guna teknik mudah di ruang komen dikongsikan utk hilangkan lilin dengan seterika saja, selamat mencuba
PadamAlamak, ada bekas lilin pada tudung bawal?
BalasPadamLilin berbekas tebal pada tudung tak hilang bila basuh?
Jangan risau, hilangkan dengan super mudah, berikut langkahnya..
1. Panaskan seterika pada suhu "Cotton"
2. Bentangkan tudung dengan kesan lilin di tempat rata. bahagian lilin menghadap atas.
3. Ambil sekeping kertas A4 bersih, letak pada bahagian lilin yg nak dihilangkan.
4. Ketika seterika panas, gosok atas kertas A4 sehingga ternampak permukaan kertas jadi berminyak.
5. Angkat kertas A4 perlahan
6. Ulang langkah #4 & #5 dengan permukaan kertas baru atau kertas A4 yg baru sehingga tiada kesan berminyak pada kertas.
Selamat mencuba!
Comfortability: ok
BalasPadamMaterial: ok
Senang dibentuk…. Warna pun cantik, susah nak cari warna ni nasib jumpa. Kain ok tk licin…. Puas hati, harga pin berpatuttan… bolehlah nk buat tukar tukar g opis