Usahawan Kelantan Paling Kaya Berjaya - Kenapa & Rahsia Dirungkai

Awas artikel ini agak panjang tetapi sangat bermanfaat jika anda ingin mencari wacan mahupun idea/inspirasi untuk memulakan perniagaan anda. Semoga bermanfaat!



Sekilas Sejarah Negeri Kelantan

Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang & kini Serambi Mekah. Negeri ini mempunyai 10 jajahan yang terdiri daripada:-

  1. Jajahan Kota Bharu
  2. Jajahan Pasir Mas
  3. Jajahan Tumpat
  4. Jajahan Pasir Puteh
  5. Jajahan Bachok
  6. Jajahan Kuala Krai
  7. Jajahan Machang
  8. Jajahan Tanah Merah
  9. Jajahan Jeli
  10. Jajahan Gua Musang
  11. Jajahan Kecil Lojing

Ekonomi Negeri

Ekonomi negeri Kelantan adalah berasaskan produk pertanian, getah, pembalakan, pelancongan, penanaman padi, tembakau & terkini BIJIH BESI. Bagi mereka yang duduk di pesisiran pantai pula, aktiviti penangkapan ikan menjadi penyumbang utma menjana pendapatan untuk seise keluarga.

Warga negeri Kelantan juga pandai menggunakan kemahiran berasakan kraf tangan. Ia juga dijadikan punca pendapatan utama bagi mereka yang benar-benar serius memperkenalkan hasil karya mereka. Antara produk kraf tangan yang dihasilkan adalah seperti batik, tenunan songket termasuk juga ukiran kayu.

Sememangnya sebilangan besar penduduk Kelantan berniaga untuk menyara kehidupan. Mereka ini ada yang berniaga di pasar besar, pusat membeli belah, zon bebas cukai, kedai runcit, peruncit yang menjual bahan mentah dari rumah ke rumah dengan menggunakan pengankutan sendiri. Ada juga antara warga negeri Kelantan yang menjadikan kediaman sendiri sebagai tempat untuk menjual barangan harian secara kecil-kecilan.

Rahsia Peniaga Di Kelantan

Sudah tentu ramai ingin tahu rahsia peniaga di negeri Kelantan ini. Tetapi hakikatnya, tiada strategi yang khusus diguna pakai oleh peniaga di negeri ini. Sama ada ketika baru memulakan perniagaan ataupun ketika sedang menjalankan perniagaan mereka.

Berikur adalah beberapa faktor yang dilihat sebagai pemangkin kejayaan peniaga-peniaga di negeri Kelantan.

Bijak Menggunakan Peluang SEMASA

Pada pandangan ikhlas +Galeri Artie, peniaga di Kelantan bijak mencari, membongkar & menggunakan peluang yang ada secara kolektif dan sepenuhnya. Sebagai contoh, peniaga di negeri ini bijak memulakan/mencari perniagaan di kawasan kawasan yang menjadi tumpuan peniaga serta orang ramai.

Disamping itu peniaga bisa menjaga hubungan akrab & saling bertimbang rasa diantara satu sama lain. Jarang sekali kita lihat peniaga yang menjual barangan yang sama dengan jrannya. Sebagai contoh, jika peniaga di sebelah sudah menjual colek buah atau sate ikan (juadah istimewa selalunya pada bulan Ramadhan (puasa), maka peniaga yang sebelah lagi akan menjual air batu pula.

Unik, sememangnya mereka saling melengkapi dan menjadi keutamaan cuba mengelak persaingan, lalu mengelak dari berlku perbalahan dalam perniagaan.

SEPAKAT Dalam Perniagaan

Bagi peniaga yang menjual di bazar atau di kedai-kedai bebas cukai, kebanyakan akan bersepakat dalam menentukan harga sesuatu produk. Ia memastikan keseragaman jualan dan ini menarik minat orang ramai mahupun pelancong untuk berurusan perniagaan disini.

Contohnya, jika kedai X mengenakan harga RM32 untuk rekaan tudung baru bawal gred A, maka secara automatik harga kain tudung bawal yang sama tersebut dijuala pada harga yang sama di kedai Y. Jika barangan di kedai X kehabisan stok, mereka sanggup melepaskan hasil jualan & memberikan ruang kepada peniaga kedai Z jika kedai tersbut mempunyai stok sedia ada.

Ada ketika, peniaga sanggup mencari barangan yang sama di kedai-kedai yang lain demi memuaskan hati permintaan pelanggan mereka. Ini secara tidak langsung dapa menambah jualan rakan kedai dalam julat bulatan perniagaannya. Disamping itu, rekaan pakaian dan fesyen yang dijual di rata-rata peniaga di negeri kelantan ini adalah up-to-date & terkini.

Aliran WANG TUNAI Sentiasa Tinggi

Kelantan dilaporkan antara negeri mencatatkan aliran tunai paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Majoriti penduduknya membeli belah menggunakan wanf tunai berbanding di bandar besar lain yang lebih menggemari kad kredit.

Sebagai contoh, jualan tunai di gedung hypermarket di bandar Kota Bahru, Kelantan mencatatkan rekod antara jaulan yang tertinggi di Malaysia lebih-lebih lagi pada hari perayaan seperti hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Kelebihan tersbut dapat dibantu lagi kerana sebilangan besar rakyat negeri ini boleh berbelanja mengikut kemahuan tanpa bergantung terhadap penggunaan kad kredit semata-mata.

Ini juga merupakan salah satu punca pemangkin mengapa rakyat Kelantan berminat untuk berniaga. Bagi peniaga, belian secara tunai memudahkan mereka kerana menghindarkan dari masalah hutang perniagaan. Keuntungan yang dimiliki hasil daripada jualan tunai dapat digunakan semula dengan segera oleh peniaga untuk menambah modal pusingan serta membuat pembelian barangan stok bagi perniagaan masing-masing.

Penjenamaan

Antara strategi perniagaan bagi peniaga di negeri ini adalah jenama produk seperti produk-produk makanan menggunakan nama-nama yang bercirikan kemelayuan (atau ke-Malaysia-an). Disamping itu ada antara jenama yang melambangkan produk itu adalah hasil buatan orang Melayu sendiri seperti ‘Sos Pencicah Cik Nah’ atau ‘Keropok Segera Cap Pinggan Comei' & sebaginya.

Ada juga yang menggunakan logo keris, kubah masjid dan sebagainya dalam penjenamaan produk atau kedai mereka. Dialek Bahasa Melayu Kelantan juga diguna pakai dalam penjenamaan produk, contohnya produk budu berjenama ‘Budu Tersohor Kelate!’, dan seterusnya menjadikan produk itu tadi lebih cenderung ke arah ‘mesra’ pengguna.

Negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ ini juga masih mengekalkan tulisan jawi pada sebilangan besar papan tanda iklan-iklan di tepi jalan, di samping model wanita yang menutup aurat untuk menjaga lambing kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya menarik kuasa membeli pada segenap lapisan masyarakat.

Bahan mentah yang MURAH & MUDAH

Dilihat daripada sudut harga pula, walaupun kita tahu Kelantan merupakan tempat tarikan pelancongan, namun barang makanannya masih lagi boleh dijual dengan harga yang murah. Ada beberapa faktor penyebab yang memungkinkan hal ini berlaku antaranya kos bahan mentah yang murah dan mudah didapati.

Pada perspektif lain pula, dengan menjual pada harga yang murah juga mungkin menunjukkan bahawa peniaga di sana tidak lah terlalu sempit hidupnya untuk sewenang nya menaikkan harga barang. Bayangkan untuk sarapan pagi anda hanya perlu membayar lebih kurang RM1.50 untuk nasi berlauk ayam dan kuih-muih pula masih lagi berharga 25 sen sebiji berbanding jika di Kuala Lumpur sudah tentunya harga bagi kedua-duanya boleh mencecah sehingga RM3.50 dan 40 sen masing-masing.

MINAT & Permintaan

Antara faktor lain yang menjadi rahsia peniaga di Kelantan adalah minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan yang mungkin disebabkan faktor keluarga ataupun atas sikap diri sendiri. Penduduk Kelantan memang terkenal dengan sikap mereka yang suka berdagang dan berniaga.

Selain itu, permintaan terhadap barangan sentiasa ada, baik barangan runcit, makanan mahupun barangan keperluan yang lain. Sebutlah apa sahaja jenis perniagaan, pasti ada peniaga yang sudah atau mampu mengusahakannya.

Di Kelantan, banyak terdapat pusat-pusat perniagaan seperti Pasar Besar Siti Khadijah atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kabu yang terletak di pusat bandar Kota Baharu. Pasar Besar Siti Khadijah merupakan salah satu pusat perniagaan yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke negeri Kelantan.

Pengunjung dapat melihat satu pemandangan yang unik apabila kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita! Antara pusat perniagaan lain yang terdapat di negeri Kelantan adalah seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, KB Mall, KB Bazar, Bazar Buluh Kabu, Bazar Tok Guru, Pusat Perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur.

SIKAP Peniaga

Sifat berniaga dan suka merantau itu sememangnya sudah sebati dalam diri penduduk di negeri Kelantan. Walaupun berada di luar negeri Kelantan, anak kelahiran Kelantan tidak akan segan silu untuk memulakan perniagaan.

Ini realiti. Satu perkara lagi yang boleh kita lihat adalah pada sikap peniaga itu sendiri yang berdisiplin dan mudah mesra pelanggan. Jika berkunjung di kedai atau bazar yang terdapat di sini, peniaga-peniaga ini memang pandai bermanis mulut ketika melayan pelanggan mereka.

Tidak kiralah sama ada peniaga itu sudah berusia ataupun yang masih muda, dialek Bahasa Melayu Kelantan yang adakalanya terlalu pekat tidak dijadikan alasan untuk tidak berkomunikasi dan melayan dengan baik pelanggan mereka.

Namun, ada juga yang peniaga di Kelantan ini yang berniaga sekadar untuk mengambil alih perniagaan yang diwarisi oleh keluarga dan ada juga yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan memaksa contohnya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat tiada kelulusan yang bersesuaian. Maka atas faktor desakan hidup mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Contoh Usahawan Kelahiran Negeri Kelantan - Berjaya

Pengusaha bas Sani Express, Dato Wan Mohamad Sani yang pernah dinobatkan Tokoh Usahawan Muda oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dan seorang lagi usahawan terkenal, Datuk Yusmira Mohd Yusof yang merupakan pengasas produk kecantikan Yusmira adalah antara ribuan entrepreneur paling berjaya di Malaysia.

Siapa juga tidak kenal Datuk Steven Sim – pengasas francais Secret Recipe, rangkaian kafe berasakana masakan kek. Datuk Steven Sim merupakan anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan dan membesar dalam kalangan orang Melayu. Beliau fasih bertutur dalam dialek Bahasa Melayu Kelantan, dan kini mempunyai 270 restoran di 8 buah negara termasuk Australia dan mempunyai lebih 3000 tenaga pekerja yang 98% daripadanya terdiri daripada orang Melayu.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara contoh usahawan kelahiran negeri Kelantan yang sangat berjaya pada ketika ini.

Kesimpulan

Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing lagi bagi penduduk di negeri Kelantan. Anak-anak kelahiran negeri Kelantan yang merantau ke negeri-negeri lain juga cenderung untuk berniaga walaupun mereka tidak berada di negeri kelahiran mereka sendiri. Tiada perasaan malu atau segan untuk mula berniaga walaupun terpaksa bermula daripada peringkat bawahan. Beberapa rahsia peniaga yang dibincangkan di atas tadi hanyalah mengikut pandangan mata kasar sahaja. Sudah tentunya terdapat banyak lagi faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik yang boleh diambil kira sebagai penentu kejayaan seorang peniaga itu.

Namun dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semuanya akan berakhir dengan kejayaan. Kejayaan bagi seseorang peniaga itu tentu tidak akan menjadi kenyataan tanpa semangat yang tinggi dan kecekalannya dalam mengharungi segala dugaan yang tiba. Kini, gelaran yang selalu diberikan kepada negeri Kelantan sebagai negeri dengan penduduk yang “miskin” atau “mundur” itu mungkin sudah tidak relevan bagi rakyat negeri ini. Hakikatnya mereka ini sebenarnya kaya dengan semangat, pengalaman dan budi bahasa.

Tidak percaya? Datanglah sendiri ke negeri Kelantan.
https://3.bp.blogspot.com/-mzO9emEa6_E/U7BYEmOJgyI/AAAAAAAAKfE/j93QRt8lI98/s72-c/desain+fesyen+tudung+raya+baru+artie+natasha-22.jpg https://www.galeriartie.com/2014/06/usahawan-kelantan-paling-kaya-berjaya.html Blog

0 Comments:

Catat Ulasan

Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.

Menarik Minggu Ini...

Contoh Design Bawal Sulam Viral Permintaan Luarbiasa

Tidak dapat dinafikan, bawal sulam atau tudung bawal kelim sulam membuat 'come-back' sejak tahun 2019 & 2020 lagi. Permintaan untuk tudung bawal sulam ini sangat luarbiasa & betul² konsisten disepanjang tahun 2020, 2021, 2023 hingga kini. Bagi membantu founder², laman ini akan sentiasa diupdate, seperti katalog, dengan design² tudung bawal sulam terbaru & viral. Sebagai pembekal & pembuat tudung bawal cotton voile Japan jenama sendiri, kami terus perhatikan 'trend' & halatuju permintaan tudung² bawal rekaan sulam terbaru. Malah rekaan tudung bawal sulam dikeluarkan antara menjadi 'trending' dikalangan peminat² tudung bawal cotton voile Japan di Malaysia, Sabah & Sarawak, Thailand, Singapura & Brunei. Disini kami himpunkan koleksi rekaan terkini tudung bawal sulam yang menjadi popular & viral sepanjang tahun² lalu. Klik pada imej untuk lihat koleksi penuh & warna² kain bawal cotton voi

Lilin Melampau Rosakkan Tudung - Lagi Tips Mudah Keraskan Awning

Kain tudung bawal anda lembik, terlalu lembut & susah dibentukkan ketika memakai? Kini tips mudah mengeraskan bahagian awning tudung bawal mahupun shawl anda. Secara umumnya ada 2 cara paling mudah yang boleh digunakan sama, yang lebih ekonomi mahupun memerlukan membeli produk pengeras kain. Nak tengok sample kain bawal cotton voile Japan & warna2 ada disini >>> https://galeriartie.com/warna-bawal

Koleksi Design Bawal Sulam Bunga Kapas

Design bawal sulam keluaran Oktober 2023, koleksi bawal plain cotton voile Japan dengan rekaan sulam bentuk bunga² kapas di hujung & setangkai² bunga kapas disulam letak secara tabur dihias dengan manik exclusive gred AAA berkilat seperti manik mahal dari Austria.  Keluaran: 10/2023 Spesifikasi: Bawal: Premium Voile Scarf Fabrik: Cotton voile Japan export quality Bidang: 45 (~110cm) Bentuk: Square (segiempat sama) Kelim: Closed overlock Label: No tag / Artie Premium Pilihan Warna: 20+ Borong: RM29 Retail: Boleh sehingga RM80 (berdasarkan lokasi & kos niaga) Ciri 2 : Kain bawal premium tidak jarang & tidak berbulu. Awning on-point & senang bentuk. Kelim kemas jahitan tepi signatur bawal Kelantan. Jahitan sulam kemas luar/dalam. Kualiti kain dikaitkan mirip bawal asli. Pilihan kain bawal founder 2 berjenama & butik² exclusive.

Mesin Steam Press Iron Fabrik Digital Tekap Tampal Sticker Hotfix

Mesin steampress iron baru sesuai untuk menekap & menampal hotfix batu berlian DMC berbagai saiz pada tudung & fabrik pakaian material cotton, chiffon, crepe satin, batik & banyak lagi. Review founder2 yang telah guna mesin steampress jenama ini lebih 8 tahun. Coretan mereka ada disini:  https://www.galeriartie.com/2022/12/10-tip-penjagaan-mesin-steampress-oleh.html  Penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia. FREE DELIVERY untuk West Malaysia! Spesifikasi: Power : 1500W Pressing plate size : 26" x 10” Aluminium Pressng Plate with Teflon Coating Washable Ironing Pad Cover Tempat letak fabrik untuk menekap lebih besar dari steam press iron biasa. Sesuai untuk kegunaan komersil & persendirian, rekabentuk kompak boleh diletakkan di butik mahupun dirumah & ruang kerja. Mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan kawalan suhu untuk disesuaikan ikut fabrik & spesifikasi sticker hotfix berlian yang ingin ditekan tampal. H

Tudung Bawal Asli Cotton Voile (No.1) Japan Export

Bagi penggemar tudung bawal, kain Bawal Asli cotton voile Japan eksport memang tidak asing lagi. Di Kelantan atau di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia kain bawal asli cotton voile ini juga dikenali "Bawal No. 1". Tidak seperti kain bawal yang berharga murah, kain bawal asli adalah kain cotton voile sebenar, mudah dibentuk & sentiasa mempunyai tekstur lembut. Sifat kain yang tidak jarang, tidak berbulu jika ulang basuh, urat benang kain yg konsisten serta warna yang lebih memukau, menjadikan kain bawal asli Kelantan pilihan pengguna. Bawal asli Artie Exclusive didatangkan dengan kelim tebal, signitur rekaan tudung bawal Kelantan. Pengguna² yang biasa menggunakan tudung bawal berjenama yang mahal mengakui kain bawal asli cotton voile Japan Artie Exclusive adalah hampir sama - malah mereka tidak dapat membezakannya! Oleh itu, muslimah boleh tetap terus bergaya dengan tudung bawal kerana koleksi bawal asli Artie Exclusive pada harga marhaen & sangat mam

Bawal Cotton Voile Japan Katalog Sampel Warna Tudung Bidang 45/50/55

Laman ini memudahkan carian contoh warna² tudung bawal cotton voile Japan. Gunakan butang Search untuk membuat carian tudung bawal super mudah & cepat mengikut code warna, warna panggilan & grup warna. Gunakan keyword "all" atau "semua" (tanpa quote) untuk paparan semua. Klik image untuk zoom dekat & download. Mula carian warna dibawah ini. Selamat mencuba!  Nak mula sikit-sikit, sini boleh buat tudung jenama sendiri bayar ansuran serendah RM34.50/bulan saja >>>  https://mycollection.shop/hijab.co

Sticker Manik Bentuk Dokoh Kerongsang Untuk Tudung Kaftan & Kurung Moden

Sticker manik DMC pelekat hotfix design bentuk kerongsang brooch dokoh, bentuk manik 3D, mendapat sambutan luar biasa sejak kebelakangan ini. Manik² DMC original bukan sahaja diletakkan pada koleksi baju busana kurung baru atau tudung, malah boleh digunakan untuk 'upgrade' baju² lama yang masih elok supaya kelihatan lebih eksklusif. Dengan Kolaborasi: Qilafairy Exclusive Johor ©2021 Kini tidak perlu menjahit satu² manik 3D pada baju kegemaran anda! Anda bebas dengan idea, bergaya ikut design kegemaran sahaja... Sticker hotfix manik DMC senang saja untuk diletak pada baju, kaftab atau tudung, guna seterika biasa mahupun mesin steam press. Sticker manik DMC bentuk kerongsang dokoh ini datang dalam saiz nominal 40cm x 40cm, dapat antara 12 - 30 bentuk, mempunyai berbagai corak & motif moden. Jika disusun letak pada tudung atau baju kurung moden, kebaya moden, busana, kaftan & seangkatannya, pakaian tersebut akan kelihatan lebih eksklusif.

Tag Label Tudung Jenama Sendiri

Perasan tak tudung jenama brand besar seperti Bawal Exclusive, Benang Hijau, Aidijuma menggunakan tag jenis woven pada koleksi bawal² mereka? Oleh kerana tudung bawal plain pada dasarnya nampak sama, yang membezakan adalah kualiti material kain bawal cotton voile digunakan oleh brand tudung masing². Oleh itu, senang pengguna untuk kenal pasti bawal jenis/brand apa digunakan ketika dipakai dengan adanya tag atau label tudung begini. Tag tudung yang sering digunakan oleh brand² besar & founder² adalah dari jenis woven/tenun, Center-Fold (lipat tengah) atau End-Fold (lipat hujung). Material dibuat dari damask atau campuran nylon & benang warna pilihan ditenun jahit mesin ikut design/logo brand masing². Harga tag tudung begini boleh serendah 0.10 sen satu & tidak mahal mana. Ia boleh menggunakan berbagai warna dari benang gold, silver, hitam, putih & sebagainya, ikut design logo founder². Tag tudung woven begini tahan lasak & tak luntur warna, perm

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.

Liputan & Disiarkan Media

Tudung Bawal Artie di Harian Metro
Borong tudung bawal tv1 rtm Malaysia
Borong tudung di THR Gegar
Borong tudung bawal sticker hotfix Kota Bharu

Kilang tudung bawal sulam bawal asli exclusive cotton voile Japan borong tudung dari kilang, Bawal Kelantan kilang tudung satin crepe cotton voile murah stok bersedia.