Yer! Kini sudah bermula. Kami warga kerja +Dunia Tudung Artie Natasha menjemput semua ke butik kami di Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan untuk melengkapkan busana Hari Raya 2014 anda dengan tudung-tudung terpilih kami.
Lebih 5,000 tudung baru kami tawarkan pada harga RM3/sehelai, RM10/3 helai & RM10/5 helai, mengikut desain & patern (corak) baru yang terus datangnya dari kilang kami di bandar ini.
Antara desain tudung yang boleh diperoleh ketika jualan SALE ini adalah tudung bawal, tudung bawal bercorak, tudung 1 layer, tudung 2 layer, tudung 3 layer, tudung ekspress dengan berlian, tudung dengan soft awning, tudung jari hantu, tudung instant dengan kristal dan banyak lagi.
Lebih 5,000 lagi desain tudung berbagai corak & warna di ruang galeri kami juga turunkan harga bagi membantu muslimah & fashionista memperoleh tudung berjenama dengan harga lebih nilai.
Disamping itu sejak 1 Ramadhan lagi, sebahagian jualan tudung-tudung kami telah disalurkan untuk membantu anak-anak yatim & anak-anak sekolah pondok di bandar Kota Bharu ini, dengan menyediakan kelengkapan makanan untuk berbuka & bersahur. Terima kasih diatas sokongan yang luarbiasa dari anda semua kerana tanpa anda, berkemungkinan bantuan kami tidak dapak disalurkan sebegini.
Dalam erti kata lain, anda sebenarnya membeli di butik kami sambil beramal dan semoga pemberian kami ini anda juga bersama mendapat keredhaan dari yang Maha Esa.
Jika berkesempatan ke Kelantan atau berada di kawasan sekitarnya, singgah ke +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau untuk mendapatkan pilihan terbaik tudung anda sekeluarga untuk menyambut Aidilfitri kali ini.
Berhampiran SMK Zainab 2, Bazaar Tengku Anis, Pusat Kebudayaan & Pelancongan, Pasar Besar Khadijah & lokasi dipinggir bandar Kota Bharu, memberikan anda lebih akses dengan parking percuma serta jauh dari kesesakan lalu lintas. Dibuka SETIAP HARI dari jam 0930 pagi hingga 1030 malam, kini membeli belah dengan lebih selesa & memilih tudung di ruang galeri berhawa dingin.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor disediakan dibawah ini ataupun menggunakan contact form untuk menghantar mesej ke peti inbox emel kami.
Semoga dapat bertemu disini, salam hormat, selamat menjalani ibadah puasa.
Tudung Bawal Bidang Besar B50 Cotton Voile Premium Japan
Tudung bawal bidang besar dari negeri Kelantan memang tidak asing lagi, carian dikalangan muslimah kerana kesesuaian labuhnya ketika digayakan Tudung bawal cotton voile premium Japan bidang 50 inci, juga digelar "tudung ustazah" atau "tudung labuh" oleh peminat-peminatnya kerana bentuk kain tudungnya yang tidak jarang serta menutup bahagian dada depan & belakang. Sifat kain premium cotton voile bidang besar begini yang tidak jarang, tidak berbulu jika ulang basuh, urat benang kain yang konsisten serta warna yang lebih memukau, menjadikan kain bawal dari negeri Kelantan pilihan pengguna. Spesifikasi: Saiz: Bidang 50 / ~127cm Bentuk: Segi empat sama Fabrik: Premium cotton voile Japan kualiti eksport Kelim: Biasa, jahitan close looping Sifat-Sifat Bawal Kelantan: Mudah bentuk Awning on-point Senang gosok. Tidak jarang atau berbulu Sejuk & selesa Mudah digosok Cepat kering
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab pengulas yang secara sedar menerbitkannya. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi di laman kami.