Baju Kurung Johor Moden Hiasan Manik 3D Lebih Anggun

Baju kurung Johor moden, inspirasi rekaan baju kurung Riau yang memadankan aksesori² hiasan di bahagian dada, kini di tambah nilai dengan rekaan manik bentuk berlian atau kristal (manik 3D).

Baju kurung Johor moden ini masih mengekalkan leher baju teluk belanga tetapi panjang baju disingkatkan sedikit, tidak sampai paras lutut. Asalnya baju kurung Johor ini panjang, dengan memendekkannya sedikit, ia memudahkan pergerakan & langkah si-pemakai, oleh itu sesuai bagi wanita² moden yang aktif bekerjaya.

Kolaborasi Busana Qiss Johor

Baju kurung Johor moden juga direka mengikut bentuk badan sedikit, namun tidak keterlaluan atau nampak ketat. Sesuai dengan perkembangan industri fesyen semasa, rekaan baju kurung Johor tampil lebih segar (fresh), oleh itu berjaya menarik minat wanita² moden untuk memakainya.

Aksesori baju kurung Riau banyak memberikan inspirasi kepada baju kurung Johor moden ini. Berbagai rekaan kerongsang atau dokoh di padankan kerana baju kurung Johor lazimnya menggunakan fabrik 1 warna, plain & tanpa corak.

Kolaborasi Busana Qiss Johor

Bagi menambah nilai baju kurung Johor supaya tidak kelihatan biasa², manik² berbagai rekaan berbentuk kerongsang atau dokoh dijadikan perhiasan.

Susunan manik² yang tidak keterlaluan membolehkan si-pemakai tampil lebih eksklusif & bergaya, untuk digayakan pada hari lebaran, untuk ke majlis rasmi, majlis² jemputan mahupun ke pejabat.

Kolaborasi Busana Qiss Johor

Kolaborasi Qilafairy Exclusive Johor

Nak tengok design² terbaru sticker manik bentuk kerongsang dokoh? Design² manik 3D tersebut ada disini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeIG5pgGKFlmUqmzpsq3HPPqi1bG6iBtuvcazBvNKfzvnYoG-JlbHQpSDHAX8w8KINMnA_q2nvksdkzhtJOwf08C1xpNCcsZ5mvhORTFSKXNVjmYiYVcZLmS1sQqhTWUNZddGrUGbosbeE9IBzniGvyKKRlFZ4rkgJDWnPdBPIW6-qAQpUCx6NDEMvwQ/s72-w480-c-h640/IMG_20221130_130155.jpg https://www.galeriartie.com/2022/12/baju-kurung-johor-moden.html Blog

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah batu dah sampai cantik sangat warnanya.. sampai pun cepat terima kasih seller yg peramah senang berurusan 👍👍👍👍

    BalasPadam
  2. Cantik... Dah tampal kat tudung.. nti beli lagi banyak lagi tudung ala Faezah Elai yg blom ada batu

    BalasPadam
  3. Quality: terbaik ❤️❤️❤️

    Seller amat peramah dan senang berurusan 😍 semalam order hari ni dah sampai 😍 tak sabar nak lekatkan kat baju 🥰 tq seller ❤️❤️❤️

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Cuma nak ckp, seller ni memg terbaik dia punya servis.. Packaging mantap.. Sy suka..xda rosak pn corak manik tu sbb x d lipat.. Nnt repeat order ngn seller ni.. Sy rekomen sgt2.. Memg layak dpt 5 bintang.. Tq seller

    BalasPadam
  5. terima kasihhh barang dah sampaiii sellee pon baik ja

    BalasPadam
  6. Thank you seller

    Cepat sangat beli time sales 11.11

    Hari ini 12.11 brg dah sampai

    BalasPadam
  7. Terima kasih seller barang sudah sampai dengan selamatnya. perhantaran sepantas kilat..

    BalasPadam
  8. Nnti boleh repeat order lgi...

    BalasPadam
  9. Mak saya sukaa. Dia kata banyakkk and murahh. Terkejut dia. Alhamdulillah

    BalasPadam

Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.

Menarik Minggu Ini...

Tema Warna Trend Hari Raya 2024 - Kenapa Jingga?

Tidak dinafikan, jenama² terkenal busana² & tudung hari raya sudahpun membuat persiapan lebih awal untuk memperkenalkan koleksi busana masing² untuk hari Lebaran Aidilfitri nanti. Persiapan koleksi baru Hari Raya begini selalunya bermula 3 bulan sebelum tibanya bulan puasa Ramadhan.  Malah ada jenama² terkenal baju Melayu & baju kurung sepadan sedondon telah membuat persiapan sehingga 6 bulan sebelumnya lagi 😱! Januari 2024, jenama baju Melayu & baju kurung sedondon atau sepadan, Bulan Bintang telah memperkenalkan warna² yg bakal trendy, dijangka hot 🔥 untuk Hari Raya Aidilfitri 2024 nanti.

Design Baju Raya 2024 by LEEYANARAHMAN®

Siapa tidak kenal jenama LEEYANARAHMAN® yg sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri fesyen muslimah di Malaysia. Dengan lebih 2 juta followers di Instagram & hampir 300,000 pengikut di Facebook, jenama tempatan ini semakin kukuh dalam industri fesyen di Malaysia. Menggunakan moto "Design Letops No.1 Malaysia", setiap tahun jenama LEEYANARAHMAN® tidak ketinggalan dengan design² baju baru yg lebih segar untuk hari Lebaran nanti. Kali ini kami perkenalkan barisan rekaan baju Hari Raya dari koleksi Gemersik LEEYANARAHMAN® untuk tahun 2024 ini.

Contoh Design Bawal Sulam Viral Permintaan Luarbiasa

Tidak dapat dinafikan, bawal sulam atau tudung bawal kelim sulam membuat 'come-back' sejak tahun 2019 & 2020 lagi. Permintaan untuk tudung bawal sulam ini sangat luarbiasa & betul² konsisten disepanjang tahun 2020, 2021, 2022, 2023 hingga kini. Bagi membantu founder², laman ini akan sentiasa diupdate, seperti katalog, dengan design² tudung bawal sulam terbaru & viral. Sebagai pembekal & pembuat tudung bawal cotton voile Japan jenama sendiri, kami terus perhatikan 'trend' & halatuju permintaan tudung² bawal rekaan sulam terbaru. Malah rekaan tudung bawal sulam dikeluarkan antara menjadi 'trending' dikalangan peminat² tudung bawal cotton voile Japan di Malaysia, Sabah & Sarawak, Thailand, Singapura & Brunei. Disini kami himpunkan koleksi rekaan terkini tudung bawal sulam yang menjadi popular & viral sepanjang tahun² lalu. Klik pada imej untuk lihat koleksi penuh & warna² kain bawal cott

Design Baju Raya Balik Kampung Jovian Gadis

Bulan Febuari 2024, pereka fesyen tersohor negara, Jovian Mandagie memperkenalkan barisan rekaan baju untuk koleksi Hari Raya tahun ini. Kami kongsikan kesemua rekaan koleksi Balik Kampung Gadis Jovian rekaan terbaru & maha segar, sesuai untuk kaum² Hawa bg persiapan fesyen bergaya mereka di Aidilfitri nanti. Jovian Balik Kampung Collection bagi Gadis menawarkan rekaan baju mini kurung, mini kebaya, long dress, long kebaya & juga Batwing Kurung (kaftan moden).

Bawal Cotton Voile Japan Katalog Sampel Warna Tudung Bidang 45/50/55

Laman ini memudahkan carian contoh warna² tudung bawal cotton voile Japan. Gunakan butang Search untuk membuat carian tudung bawal super mudah & cepat mengikut code warna, warna panggilan & grup warna. Gunakan keyword "all" atau "semua" (tanpa quote) untuk paparan semua. Klik image untuk zoom dekat & download. Mula carian warna dibawah ini. Selamat mencuba! Nak mula sikit-sikit, sini boleh buat tudung jenama sendiri bayar ansuran serendah RM34.50/bulan saja >>>  https://mycollection.shop/hijab.co

Rekaan Baju Kurung Raya 2024 RR by RizmanRuzaini

RR by RizmanRuzaini tidak ketinggalan memperkenalkan barisan rekaan² terbaru design baju raya untuk tahun 2024 ini. Gandingan 2 pereka fesyen tersohor Malaysia ini menampilkan barisan baju kurung Kedah & Pahang dengan berbagai corak printed, design berbentuk lebih sillouette, masih mengekalkan ciri² ke-asli-an baju kurung negeri² tersebut. Setiap design disediakan dengan berbagai warna & saiz, memastikan rekaan baju kurung ready-to-wear RR by RizmanRuzaini ini jika di pakai pada hari Lebaran nanti, nampak 'terletak' saja pada badan si-pemakai.

Lilin Melampau Rosakkan Tudung - Lagi Tips Mudah Keraskan Awning

Kain tudung bawal lembik, terlalu lembut & susah pula dibentuk ketika dipakai? Kini ada tips mudah keraskan bahagian awning tudung bawal atau shawl guna peralatan sedia diruma sahaja 😱. Pada umumnya, ada 2 cara paling mudah yang boleh digunakan, cara yang lebih ekonomi mahupun memerlukan membeli produk pengeras kain. Pssst... ramai review tudung bawal cotton voile Japan awning on-point tak perlu nak keras²kan. Contoh kain tudung bawal tersebut ada disini >>>  bawal cotton voile Japan.

Warna Tona Biru Tudung Jualan Tertinggi 2023

Usahawanita & founder² tudung jenama sendiri mesti tercari² apakah warna² pilihan utama bakal² pelanggan mereka? Selalunya founder² ini akan memilih tona² warna yg mereka suka, tetapi hakikatnya, yg membeli bukannya diri sendiri bukan? Pilihan warna tudung terpaling laris agak subjektif, adakalanya mengikut musim serta keadaan semasa.

Warna Tema Baju Raya 2024 & Tudung Aidilfitri

Warna tema baju raya 2024 pilihan pereka fesyen baju raya Aidilfitri Elrah Exclusive Beberapa minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan puasa Ramadhan Al Mubarak. Kekalutan memilih tema warna baju raya tahun ini 2024 semakin hangat dikongsikan oleh peminat² fesyen, di laman sosial mahupun di Grup² aplikasi mesej masing². Mana taknya, lebih baik sediakan awal² supaya menjelang Ramadhan nanti, boleh terus fokus tumpukan ber-ibadat di sepanjang bulan yg mulia nanti.

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.

Liputan & Disiarkan Media

Tudung Bawal Artie di Harian Metro
Borong tudung bawal tv1 rtm Malaysia
Borong tudung di THR Gegar
Borong tudung bawal sticker hotfix Kota Bharu

Kilang tudung bawal sulam bawal asli exclusive cotton voile Japan borong tudung dari kilang, Bawal Kelantan kilang tudung satin crepe cotton voile murah stok bersedia.