Founder² tudung & busana² exclusive di Singapore kini lebih mudah dapatkan stok² produk jenama mereka sendiri dari Malaysia.
Nilai matawang Ringgit Malaysia (MYR) yg jauh lebih rendah dari Singapore Dollar (SGD) membuatkan founder² tudung jenama sendiri mendapat bekalan mereka di negara kita, pada kos modal yg serba murah, tetapi barangan berkualiti.
Selain dari Singapore, founder² tudung jenama sendiri di Brunei juga banyak mendapatkan stok tudung dari Malaysia kerana faktor tukaran wang asing ini.
Lazimnya bagi founder² di Singapore atau Brunei, mereka akan lebih berjimat dengan postage ke negeri² Malaysia yg bersempadan sahaja.
Sebagai contoh, kami sering post & pickup ke pejabat J&T Express di Johor Bharu atau Pasir Gudang bagi founder² di Singapura atau post & pickup di J&T Express Limbang bagi founder² dari Brunei.
Parcel founder² dijamin selamat kerana parcel tersebut tidak keluar ke merata tempat, dapat pun di tangan dengan lebih cepat!
Selepas itu, keluarga terdekat di negeri² tersebut boleh ambil & by-hand kirimkan di sempadan sahaja.
Namun begitu, ada juga founder² perlukan parcel terus di pos ke tempat/alamat mereka, memandangkan kos postage, jika di tukar nilai mata wang mereka, dengan caj masih lagi murah.
Berikut kami kongsikan cara² untuk membuat penghantaran ke luar negeri (International Postage) menggunakan J&T Express.
Cara Hantar Parcel ke Singapore dengan J&T Express
1. Ambil gambar barangan yg hendak di post sebelum di bungkus, sekurang-kurangnya 2 gambar.
2. Ambil gambar parcel selepas di bungkus rapi, sekurang² kurangnya 2 gambar.
3. Sediakan sticker atau kertas bertanda dengan adanya nama, no. telefon, alamat lengkap, penerima. Lekatkan pada bungkusan.
4. Ukur panjang lebar & tinggi bungkusan dan catatkan dalam sentimeter (cm).
5. Dapat kan berat timbangan serta berat ukuran parcel, yg mana nilai lebih tinggi. Contoh kiraan berat ikut ukuran adalah:-
( Panjang [cm] x Lebar [cm] x Tinggi [cm] ) / 5000
Contoh: (41 x 10 x 31 )cm / 5000 = 2.5 = 3kg (nilai digenapkan)
Untuk tudung atau headscarves, Customs Singapore kategorikan barangan sebagai "Branded Items'.
Oleh itu parcel² begini mempunyai limitasi:-
- Nilai barangan dalam parcel tidak lebih $10,000 SGD
- Berat parcel atau berat ukuran parcel tidak lebih dari 5kg.
- Nilai barangan dalam parcel yg melebihi $1,000 SGD akan dikenakan cukai duti.
- Parcel hendaklah di bungkus kemas & rapi.
- Hanya 1 parcel sehari boleh diterima oleh penerima di Singapore - maklumat tambahan dikongsikan staf J&T Express Kota Bharu.
Sila semak laman web Singapore Customs untuk kategori produk barangan yg akan dikirimkan kelak. Selalunya staf J&T Express akan membantu.
6. Ambil gambar resit pembelian penerima tersebut dalam bentuk imej atau dalam file PDF.
7. Ambil gambar IC kad pengenalan pengirim & tandakan "J&T Express Use Only" pada bucu kanan IC pada gambar tersebut.
Dengan adanya kesemua maklumat diatas, anda boleh ke mana² kaunter J&T Express dan serahkan maklumat termasuk, sharekan gambar file info parcel di #1, #2 dan #6 di kaunter.
Diharap perkongsian ini dapat membantu memandangkan pihak pemberi khidmat tidak selaraskan informasi terbaru berkenaan penghantaran International Shipping ke Singapore pada tarikh postingan ini.
Pada biasanya tempahan founder² dengan kami ada mencecah 10kg berat. Namun kali ini kami terpaksa akur dengan tetapan terbaru pihak Customs Singapore, kami perlu mengalih pindah parcel asal, mengecilkannya, supaya patuh kepada kehendak terbaru J&T Express untuk International Shipping ke Singapura.
Biarlah pengalaman kami ini menjadi iktibar bagi semua yg mungkin perlu membuat penghantaran International Shipping seperti ini.
Semoga dimanfaatkan semua!
cepat sangat siap 🤩 seller bagus & polite 👍🏻 paling mudah sulam tudung dgn tudung brand ni..akn repeat lagi next time 😍
BalasPadamVariation: 05 Lite Blue,Bidang 45
BalasPadamMaterial: bawal no.1
Comfortability: selesa
Suka sangat
Updated Review
BalasPadamBelum try lagi.. harap² cotton senang bentuk,bukan yg terlalu keras
Material: cotton
BalasPadamComfortability: ok
lawa. senang bentuk.. warna pun cantik.. puas hati..