Shopee hari ini telah mengumumkan kadar caj perkhidmatan & fi transaksi di platform ecommerce mereka akan ada kenaikan bermula 1 Ogos 2024.
Berkemungkinan besar, harga produk² barangan jualan Seller² tempatan/international bakal naik kerana kenaikan caj perkhdimatan Shopee ini, jika tidak, akan mengecilkan pula keuntungan jualan mereka.
Lagi laporan The Edge Ogos 2024 berkenaan kenaikan caj Shopee disini: https://theedgemalaysia.com/node/722573 (Sea raises seller fees to above TikTok, Temu to lift margins)
Selain itu, Shopee maklumkan bahawa program Free Shipping tidak diaktifkan lagi, dan Free Shipping kini dibuka kepada semua Seller² di Shopee secara automatik, bagi akaun² yg layak.
Untuk program Cashback pula, seller² perlu mendaftar on-board program ini terlebih dahulu sebelum diaktifkan penyertaan mereka, juga bagi Seller² yg layak.
Kadar Kenaikan Caj Perkhidmatan Shopee
Berikut kadar caj perkidmatan komisyen terbaru Shopee bermula 1 Ogos 2024, mengikut kategori/kluster produk.
Beberapa contoh caj perkidmatan komisyen dikenakan kepada Seller² di Shopee sebelum 1 Ogos 2024:-
Aini menjual tudung bawal dan tudung sarung. Aini tidak sertai program Free Shipping. Bermakna setiap jualan produk Aini, Shopee mengambil caj perkhidmatan 7% (kluster Fashion) dari jualan produk Aini.
Manakala Fatin jual jubah dan baju (kluster fashion), Fatin sertai program Free Shipping maka Shopee akan ambil caj perkhidmatan komisyen sehingga 9.5% (7% + 2.5% program free shipping) dari jualan jubah Fatin tersebut.
Selepas 1 Ogos, Aini dan Fatin akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% (kluster Fashion) dan jika akaun Aini layak, Free Shipping akan diaktifkan pada checkout pelanggan² nya nanti.
Kenaikan Fi Transaksi
Shopee juga telah maklumkan, kadar caj transaksi di platform ecommerce mereka juga mempunyai perubahan dengan kenaikan sehingga 1.5%.
Dahulunya caj transaksi di Shopee adalah 2% dikenakan kepada Seller². Bermula 1 Ogos 2024, kadar caj transaksi terbaru di Shopee adalah sebanyak 3.5%.
Boleh lihat secara terperinci penerangan dari Shopee di bawah ini.
Oleh itu, seller² di laman ecommerce Shopee perlu berhati², membuat penilaian dan kiraan semula harga² terbitan jualan produk mereka.
Kenaikan ketara melebihi 6% secara keseluruhan, jika diambil kira semua caj² yg terlibat, betul² akan mengecilkan lagi keuntungan jualan seller² jika tidak di buat perhitungan yg betul.
Kenaikan harga sebegini pernah dilihat dari Seller² international terutamanya dari China di platform Shopee, di mana mereka dikenakan cukai tambahan sebanyak 10% bagi setiap jualan produk mereka dibawah nilai RM500.
Diharap pencerahan ini membantu...
Comfortability: selesa
BalasPadamMaterial: xlicin
Terima kasih byk2 seller fast shipping and fast delivery
Terima kasih seller
BalasPadamBarang sudah diterima dalam baik.saya Beli dengan harga tersebut tq ye Hantar barang saya dengan baik
Variation: 831 Lite Pink II,Bidang 45
BalasPadamWarna pink menarik.. Cantik
Variation: 704L Lite Gray II,Bidang 45
BalasPadamThis is the first time I'm buying from this shop. The item arrived safely within the expected time without any damaged or missing item. Thank you I will buy again later.
BalasPadamVariation: 01 Salmon,Bidang 45
Material cotton best