Add to Cart Lihat Seterusnya...

Jualan Tudung Baru Hari Raya 2014 Telah Bermula

Yea! Kini sudah bermula. Kami warga kerja +Dunia Tudung Artie Natasha  menjemput semua ke butik kami di Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan untuk melengkapkan busana Hari Raya 2014 anda dengan tudung-tudung terpilih kami.

jualan tudung raya aidilfitri beli borong baru blog

Lebih 5,000 tudung baru kami tawarkan pada harga RM3/sehelai, RM10/3 helai & RM10/5 helai, mengikut desain & patern (corak) baru yang terus datangnya dari kilang kami di bandar ini.

Antara desain tudung yang boleh diperoleh ketika jualan SALE ini adalah tudung bawal, tudung bawal bercorak, tudung 1 layer, tudung 2 layer, tudung 3 layer, tudung ekspress dengan berlian, tudung dengan soft awning, tudung jari hantu, tudung instant dengan kristal dan banyak lagi.

tudung hari raya branded pada harga borong kelantan

Lebih 5,000 lagi desain tudung berbagai corak & warna di ruang galeri kami  juga turunkan harga bagi membantu muslimah & fashionista memperoleh tudung berjenama dengan harga lebih nilai.

Disamping itu sejak 1 Ramadhan lagi, sebahagian jualan tudung-tudung kami telah disalurkan untuk membantu anak-anak yatim & anak-anak sekolah pondok di bandar Kota Bharu ini, dengan menyediakan kelengkapan makanan untuk berbuka & bersahur. Terima kasih diatas sokongan yang luarbiasa dari anda semua kerana tanpa anda, berkemungkinan bantuan kami tidak dapak disalurkan sebegini.

Dalam erti kata lain, anda sebenarnya membeli di butik kami sambil beramal dan semoga pemberian kami ini anda juga bersama mendapat keredhaan dari yang Maha Esa.

beli tudung raya & beramal

Jika berkesempatan ke Kelantan atau berada di kawasan sekitarnya, singgah ke +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau untuk mendapatkan pilihan terbaik tudung anda sekeluarga untuk menyambut Aidilfitri kali ini.

Berhampiran SMK Zainab 2, Bazaar Tengku Anis, Pusat Kebudayaan & Pelancongan, Pasar Besar Khadijah & lokasi dipinggir bandar Kota Bharu, memberikan anda lebih akses dengan parking percuma serta jauh dari kesesakan lalu lintas. Dibuka SETIAP HARI dari jam 0930 pagi hingga 1030 malam, kini membeli belah dengan lebih selesa & memilih tudung di ruang galeri berhawa dingin.

lelong tudung baru raya rm3 rm5 rm10

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor disediakan dibawah ini ataupun menggunakan contact form untuk menghantar mesej ke peti inbox emel kami.

Semoga dapat bertemu disini, salam hormat, selamat menjalani ibadah puasa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDEBGSyn5IE-TYX8Uhv7eHUFJnYe9zvqw1Ge_J7d9wgJd9MZarMY2HSh6ucRiwE_DGTKzJdGh1wfyFxb6YVEOt6XrifPExZkzt8rpwOdyEuUGVWLWr3tOCggMmQ0c63AKDd0m0iHJoPeQ/s72-c/jualan+murah+tudung+branded+hari+raya.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Usahawan Kelantan Paling Kaya Berjaya - Kenapa & Rahsia Dirungkai

Awas artikel ini agak panjang tetapi sangat bermanfaat jika anda ingin mencari wacan mahupun idea/inspirasi untuk memulakan perniagaan anda. Semoga bermanfaat!



Sekilas Sejarah Negeri Kelantan

Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang & kini Serambi Mekah. Negeri ini mempunyai 10 jajahan yang terdiri daripada:-

  1. Jajahan Kota Bharu
  2. Jajahan Pasir Mas
  3. Jajahan Tumpat
  4. Jajahan Pasir Puteh
  5. Jajahan Bachok
  6. Jajahan Kuala Krai
  7. Jajahan Machang
  8. Jajahan Tanah Merah
  9. Jajahan Jeli
  10. Jajahan Gua Musang
  11. Jajahan Kecil Lojing

Ekonomi Negeri

Ekonomi negeri Kelantan adalah berasaskan produk pertanian, getah, pembalakan, pelancongan, penanaman padi, tembakau & terkini BIJIH BESI. Bagi mereka yang duduk di pesisiran pantai pula, aktiviti penangkapan ikan menjadi penyumbang utma menjana pendapatan untuk seise keluarga.

Warga negeri Kelantan juga pandai menggunakan kemahiran berasakan kraf tangan. Ia juga dijadikan punca pendapatan utama bagi mereka yang benar-benar serius memperkenalkan hasil karya mereka. Antara produk kraf tangan yang dihasilkan adalah seperti batik, tenunan songket termasuk juga ukiran kayu.

Sememangnya sebilangan besar penduduk Kelantan berniaga untuk menyara kehidupan. Mereka ini ada yang berniaga di pasar besar, pusat membeli belah, zon bebas cukai, kedai runcit, peruncit yang menjual bahan mentah dari rumah ke rumah dengan menggunakan pengankutan sendiri. Ada juga antara warga negeri Kelantan yang menjadikan kediaman sendiri sebagai tempat untuk menjual barangan harian secara kecil-kecilan.

Rahsia Peniaga Di Kelantan

Sudah tentu ramai ingin tahu rahsia peniaga di negeri Kelantan ini. Tetapi hakikatnya, tiada strategi yang khusus diguna pakai oleh peniaga di negeri ini. Sama ada ketika baru memulakan perniagaan ataupun ketika sedang menjalankan perniagaan mereka.

Berikur adalah beberapa faktor yang dilihat sebagai pemangkin kejayaan peniaga-peniaga di negeri Kelantan.

Bijak Menggunakan Peluang SEMASA

Pada pandangan ikhlas +Galeri Artie, peniaga di Kelantan bijak mencari, membongkar & menggunakan peluang yang ada secara kolektif dan sepenuhnya. Sebagai contoh, peniaga di negeri ini bijak memulakan/mencari perniagaan di kawasan kawasan yang menjadi tumpuan peniaga serta orang ramai.

Disamping itu peniaga bisa menjaga hubungan akrab & saling bertimbang rasa diantara satu sama lain. Jarang sekali kita lihat peniaga yang menjual barangan yang sama dengan jrannya. Sebagai contoh, jika peniaga di sebelah sudah menjual colek buah atau sate ikan (juadah istimewa selalunya pada bulan Ramadhan (puasa), maka peniaga yang sebelah lagi akan menjual air batu pula.

Unik, sememangnya mereka saling melengkapi dan menjadi keutamaan cuba mengelak persaingan, lalu mengelak dari berlku perbalahan dalam perniagaan.

SEPAKAT Dalam Perniagaan

Bagi peniaga yang menjual di bazar atau di kedai-kedai bebas cukai, kebanyakan akan bersepakat dalam menentukan harga sesuatu produk. Ia memastikan keseragaman jualan dan ini menarik minat orang ramai mahupun pelancong untuk berurusan perniagaan disini.

Contohnya, jika kedai X mengenakan harga RM32 untuk rekaan tudung baru bawal gred A, maka secara automatik harga kain tudung bawal yang sama tersebut dijuala pada harga yang sama di kedai Y. Jika barangan di kedai X kehabisan stok, mereka sanggup melepaskan hasil jualan & memberikan ruang kepada peniaga kedai Z jika kedai tersbut mempunyai stok sedia ada.

Ada ketika, peniaga sanggup mencari barangan yang sama di kedai-kedai yang lain demi memuaskan hati permintaan pelanggan mereka. Ini secara tidak langsung dapa menambah jualan rakan kedai dalam julat bulatan perniagaannya. Disamping itu, rekaan pakaian dan fesyen yang dijual di rata-rata peniaga di negeri kelantan ini adalah up-to-date & terkini.

Aliran WANG TUNAI Sentiasa Tinggi

Kelantan dilaporkan antara negeri mencatatkan aliran tunai paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Majoriti penduduknya membeli belah menggunakan wanf tunai berbanding di bandar besar lain yang lebih menggemari kad kredit.

Sebagai contoh, jualan tunai di gedung hypermarket di bandar Kota Bahru, Kelantan mencatatkan rekod antara jaulan yang tertinggi di Malaysia lebih-lebih lagi pada hari perayaan seperti hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Kelebihan tersbut dapat dibantu lagi kerana sebilangan besar rakyat negeri ini boleh berbelanja mengikut kemahuan tanpa bergantung terhadap penggunaan kad kredit semata-mata.

Ini juga merupakan salah satu punca pemangkin mengapa rakyat Kelantan berminat untuk berniaga. Bagi peniaga, belian secara tunai memudahkan mereka kerana menghindarkan dari masalah hutang perniagaan. Keuntungan yang dimiliki hasil daripada jualan tunai dapat digunakan semula dengan segera oleh peniaga untuk menambah modal pusingan serta membuat pembelian barangan stok bagi perniagaan masing-masing.

Penjenamaan

Antara strategi perniagaan bagi peniaga di negeri ini adalah jenama produk seperti produk-produk makanan menggunakan nama-nama yang bercirikan kemelayuan (atau ke-Malaysia-an). Disamping itu ada antara jenama yang melambangkan produk itu adalah hasil buatan orang Melayu sendiri seperti ‘Sos Pencicah Cik Nah’ atau ‘Keropok Segera Cap Pinggan Comei' & sebaginya.

Ada juga yang menggunakan logo keris, kubah masjid dan sebagainya dalam penjenamaan produk atau kedai mereka. Dialek Bahasa Melayu Kelantan juga diguna pakai dalam penjenamaan produk, contohnya produk budu berjenama ‘Budu Tersohor Kelate!’, dan seterusnya menjadikan produk itu tadi lebih cenderung ke arah ‘mesra’ pengguna.

Negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ ini juga masih mengekalkan tulisan jawi pada sebilangan besar papan tanda iklan-iklan di tepi jalan, di samping model wanita yang menutup aurat untuk menjaga lambing kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya menarik kuasa membeli pada segenap lapisan masyarakat.

Bahan mentah yang MURAH & MUDAH

Dilihat daripada sudut harga pula, walaupun kita tahu Kelantan merupakan tempat tarikan pelancongan, namun barang makanannya masih lagi boleh dijual dengan harga yang murah. Ada beberapa faktor penyebab yang memungkinkan hal ini berlaku antaranya kos bahan mentah yang murah dan mudah didapati.

Pada perspektif lain pula, dengan menjual pada harga yang murah juga mungkin menunjukkan bahawa peniaga di sana tidak lah terlalu sempit hidupnya untuk sewenang nya menaikkan harga barang. Bayangkan untuk sarapan pagi anda hanya perlu membayar lebih kurang RM1.50 untuk nasi berlauk ayam dan kuih-muih pula masih lagi berharga 25 sen sebiji berbanding jika di Kuala Lumpur sudah tentunya harga bagi kedua-duanya boleh mencecah sehingga RM3.50 dan 40 sen masing-masing.

MINAT & Permintaan

Antara faktor lain yang menjadi rahsia peniaga di Kelantan adalah minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan yang mungkin disebabkan faktor keluarga ataupun atas sikap diri sendiri. Penduduk Kelantan memang terkenal dengan sikap mereka yang suka berdagang dan berniaga.

Selain itu, permintaan terhadap barangan sentiasa ada, baik barangan runcit, makanan mahupun barangan keperluan yang lain. Sebutlah apa sahaja jenis perniagaan, pasti ada peniaga yang sudah atau mampu mengusahakannya.

Di Kelantan, banyak terdapat pusat-pusat perniagaan seperti Pasar Besar Siti Khadijah atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kabu yang terletak di pusat bandar Kota Baharu. Pasar Besar Siti Khadijah merupakan salah satu pusat perniagaan yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke negeri Kelantan.

Pengunjung dapat melihat satu pemandangan yang unik apabila kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita! Antara pusat perniagaan lain yang terdapat di negeri Kelantan adalah seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, KB Mall, KB Bazar, Bazar Buluh Kabu, Bazar Tok Guru, Pusat Perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur.

SIKAP Peniaga

Sifat berniaga dan suka merantau itu sememangnya sudah sebati dalam diri penduduk di negeri Kelantan. Walaupun berada di luar negeri Kelantan, anak kelahiran Kelantan tidak akan segan silu untuk memulakan perniagaan.

Ini realiti. Satu perkara lagi yang boleh kita lihat adalah pada sikap peniaga itu sendiri yang berdisiplin dan mudah mesra pelanggan. Jika berkunjung di kedai atau bazar yang terdapat di sini, peniaga-peniaga ini memang pandai bermanis mulut ketika melayan pelanggan mereka.

Tidak kiralah sama ada peniaga itu sudah berusia ataupun yang masih muda, dialek Bahasa Melayu Kelantan yang adakalanya terlalu pekat tidak dijadikan alasan untuk tidak berkomunikasi dan melayan dengan baik pelanggan mereka.

Namun, ada juga yang peniaga di Kelantan ini yang berniaga sekadar untuk mengambil alih perniagaan yang diwarisi oleh keluarga dan ada juga yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan memaksa contohnya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat tiada kelulusan yang bersesuaian. Maka atas faktor desakan hidup mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Contoh Usahawan Kelahiran Negeri Kelantan - Berjaya

Pengusaha bas Sani Express, Dato Wan Mohamad Sani yang pernah dinobatkan Tokoh Usahawan Muda oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dan seorang lagi usahawan terkenal, Datuk Yusmira Mohd Yusof yang merupakan pengasas produk kecantikan Yusmira adalah antara ribuan entrepreneur paling berjaya di Malaysia.

Siapa juga tidak kenal Datuk Steven Sim – pengasas francais Secret Recipe, rangkaian kafe berasakana masakan kek. Datuk Steven Sim merupakan anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan dan membesar dalam kalangan orang Melayu. Beliau fasih bertutur dalam dialek Bahasa Melayu Kelantan, dan kini mempunyai 270 restoran di 8 buah negara termasuk Australia dan mempunyai lebih 3000 tenaga pekerja yang 98% daripadanya terdiri daripada orang Melayu.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara contoh usahawan kelahiran negeri Kelantan yang sangat berjaya pada ketika ini.

Kesimpulan

Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing lagi bagi penduduk di negeri Kelantan. Anak-anak kelahiran negeri Kelantan yang merantau ke negeri-negeri lain juga cenderung untuk berniaga walaupun mereka tidak berada di negeri kelahiran mereka sendiri. Tiada perasaan malu atau segan untuk mula berniaga walaupun terpaksa bermula daripada peringkat bawahan. Beberapa rahsia peniaga yang dibincangkan di atas tadi hanyalah mengikut pandangan mata kasar sahaja. Sudah tentunya terdapat banyak lagi faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik yang boleh diambil kira sebagai penentu kejayaan seorang peniaga itu.

Namun dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semuanya akan berakhir dengan kejayaan. Kejayaan bagi seseorang peniaga itu tentu tidak akan menjadi kenyataan tanpa semangat yang tinggi dan kecekalannya dalam mengharungi segala dugaan yang tiba. Kini, gelaran yang selalu diberikan kepada negeri Kelantan sebagai negeri dengan penduduk yang “miskin” atau “mundur” itu mungkin sudah tidak relevan bagi rakyat negeri ini. Hakikatnya mereka ini sebenarnya kaya dengan semangat, pengalaman dan budi bahasa.

Tidak percaya? Datanglah sendiri ke negeri Kelantan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdZoX8ria29ezZJBSD_2bATW8_7CELpRgKsVcAhou4dreRK03DY3rcMtca0Ps-APpkpKKxfI7OhTJiBeGhOf56Qw2hFYP7qw3W_U8F1wdJzJb7B4g4Vy38p1dFUuALY1h3SvhnEK8P9V0/s72-c/desain+fesyen+tudung+raya+baru+artie+natasha-22.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Lilin Melampau Rosakkan Tudung - Lagi Tips Mudah Keraskan Awning

Kain tudung bawal lembik, terlalu lembut & susah pula dibentuk ketika dipakai? Kini ada tips mudah keraskan bahagian awning tudung bawal atau shawl guna peralatan sedia diruma sahaja 😱.

Pada umumnya, ada 2 cara paling mudah yang boleh digunakan, cara yang lebih ekonomi mahupun memerlukan membeli produk pengeras kain.

Pssst... ramai review tudung bawal cotton voile Japan awning on-point tak perlu nak keras²kan. Contoh kain tudung bawal tersebut ada disini >>> bawal cotton voile Japan.

Tips keraskan awning tudung bawal mudah simple on-point

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfv-G8b5k45S1XkKylAsgboQv7TvpWVnwyIIttL_JQ9DUepcHY-ZSRrLtfqgPTFcAMIy51VG9S29UpJQ1GIb_rLovVBQWlF3sGppS-E3n_N_fVTC17uyibVVGoalOzs7x6Mwb9RHdH5gmucHHzcShVVQqzqTRiVEEqWBs9lVHNbLdq7pnvxX3ExAp0_aFS/s72-c-rw/tudung-awning-on-point-keraskan-awning.webp
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Mudah Menjaga Kain Tudung Bawal Lebih Tahan Warna Kekal

Tudung bawal diperbuat dari sejenis kain yang sangat sensitif & kebanyakan kain tudung bawal ini, sama ada dari dalam Malaysia (Kelantan), Jepun, Korea dan sebagainya, adalah sangat nipis.

Kain tudung bawal ini juga bergantung kepada jenis kain bawal ia diperbuat. Kini kain tudung bawal digelar "Kangaroo" menjadi pilihan pengguna/peminat fesyen hijab di Malaysia.

Tidak ketinggalan, tudung bawal jenama Artie yang boleh diperolehi di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau, Kota Bharu Kelantan secara helai atau borong, adalah dari kain yang nipis tetapi sangat tahan jika diulang guna/basuh setanding dengan jenama yang lain di pasaran.

tips blog menjaga tudung bawal baru Kangaroo China Korea kain Kelantan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3jcRdIm4tJbsfi9G_9_V20ktiN0OiqKatS_Zezdi83xU9Y9yOpOv021QAJBFAy8B9DjBviU-zaPc7yEIrzMOD2kd9sR01dmU2JcEADO2rC-k_EtfPuKbOq6P0m5w4e_hpxf-jhkJHdio/s72-c/17.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bawal 3D Artie Motif Bunga Dilengkapi Perincian Berlian

tudung hari raya bawal bidang 45 dengan berlian bunga terbaru
Tudung bawal corak bunga besar moden 3d jenama Tudung Artie adalah tudung eksklusif & mempunyai berlian motif bunga besar di-ikat pada hujung kain tudung. Tudung bawal ini dibuat/direka lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan.

Saiz tudung bawal adalah bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal mempunyai jahitan cross-stiched pada hujung kainnya. Tudung bawal Artie corak bunga 3d ini terdapat dalam lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal bagi menambahkan seri pada keseluruhannya.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.

Material: kain bawal dengan printed motif bunga/alamsemulajsdi
Saiz: Bidang 45 inci
RM 38.00
Add to Cart
Terhad



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7RU0-kEtcwskoAECsJ0yQmbfrRzFAxSagmkGslpWE9SzGLNyJGwrrN-ZbsfFpTyUZByfvO86xcaH1Hm0BUDJ6jLkjcSkzmdONNtxnc5DukeSVxaBoXKOSvuYmx3HhY1Ndbk3kVnt0xXuK/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian-2.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Artie - Bawal Cross-stiched Bidang 45 dengan Berlian (Tona Hijau Tua)

RM 38.00

Tudung bawal moden corak bunga besar 3d jenama Artie adalah tudung eksklusif & mempunyai berlian motif rama-rama di-ikat pada kain tudung. Tudung bawal Artie dibuat/direka lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan.

Saiz tudung bawal adalah bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal dijahit kemas pada hujung kainnya secara cross-stiched. Tudung bawal Artie corak bunga 3d ini terdapat dalam lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal bagi menambahkan seri pada keseluruhannya.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Tudung bawal warna tona cerah/gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMlVIa8rrRIA_3-Xa6k9breER8WeIYSsQu5-g1RhWJzJapGhY5htEfQ2TI-FiELxYwVplMFwaXhDYCY_enEUMby_i6LAhKj1LxgOYcFo0hroRrnuRS5evtQ_B_DSbQAamOOQEWcksOjonC/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian-1.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bawal Artie - Berlian Motif Rama-Rama Bunga Bercorak (Tona Biru Terang)

RM 38.00

Tudung bawal jenama Artie adalah tudung eksklusif yang mempunyai corak bunga 3 dimensi & mempunyai berlian motif rama-rama di-ikat pada hujung kain tudung. Tudung bawal Artie dibuat/direka lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan.

Saiz tudung bawal adalah bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal dijahit kemas pada hujung kainnya. Tudung bawal Artie corak bunga 3d ini terdapat dalam lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal bagi menambahkan seri pada keseluruhannya.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Tudung bawal warna tona cerah/gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak rama-rama.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifmQ7ssshjnoiVfb2xpyMM9QQ9ht34OCws0-cs2_5hAlQDHn9eNeiORiK6LuxIRiHCPp1WbR2yTwQ5JeP1WwvCkdOsblXUu-eohyphenhyphen9dI8EzY6gOZZyX_heUq8VFwOaavnXdHhykAkjNcKl7/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian+rama-rama-8.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bawal Artie - Tona Gelap Berlian Rama-Rama & Corak Bunga (Tona Coklat Tanah)

RM 38.00

Tudung bawal Artie mempunyai corak bunga 3 dimensi sederhana besar dengan berlian motif rama-rama di-ikat pada hujung kainnya. Kain tudung bawal Artie dibuat lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan. Saiz tudung bawal ini bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal dijahit kemas pada hujungnya bagi mengekalkan ketahanan.

Tudung bawal corak bunga 3d ini mempunyai lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal ini.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Tudung bawal warna tona cerah/gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak rama-rama.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsBwUVYdkGAA5pzgBh53aUZ4xkLwFH_9Vj9kMgrzBFKvQvxtkPNNKTrBGNA3PEAuHZ4peY7ROiwoCR1Oiaoz_n8qMUQM-wkXWy1wzEFxJ8PyrjUA3MMwUdYL5hJ5aOX2M4Jpd3y3o5IAT-/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian+rama-rama-6.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bawal Artie - Bidang 45 Corak Bunga Berlian Rama-Rama (Tona Coklat Tua)

RM 38.00

Tudung Artie adalah tudung bawal eksklusif corak bunga 3d dengan berlian motif rama-rama di-ikat pada hujung kainnya. Tudung bawal Artie dibuat/direka lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan. Saiz tudung bawal adalah bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal dijahit kemas pada hujung kainnya.

Tudung bawal Artie corak bunga 3d ini terdapat dalam lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal bagi menambahkan seri pada keseluruhannya.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Tudung bawal warna tona cerah/gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak rama-rama.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_o7XTAyvjOC4UbPimGbHtIC1eRSCcu7U6C4WjoX3AszIQnVUOu-Rml-zkXDkxNyED7v902Bn59d8igzIdtu15djR4sYuyJ1Kz5d0wvqvVM6AIZqlgPB1h2QfeR0sJjmuQih3bbsmQNMj9/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian+rama-rama-7.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Bawal Artie - Corak Bunga Berlian Rama-Rama (Tona Coklat Terang)

RM 38.00

Tudung Artie bawal corak bunga 3 dimensi dengan berlian motif rama-rama besar di-ikat pada hujung kainnya. Kain tudung bawal Artie di-reka khas supaya lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan. Saiz tudung bawal ini hanya didatangkan dalam bidang 45 inchi sahaja dan setiap helai dijahit kemas bagi mengekalkan ketahanan kain.

Tudung bawal corak bunga ini mempunyai lebih 12 kombinasi warna ber-tona gelap ke tona warna cerah di bahagian tengah kainnya. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal ini untuk menambahkan seri si-pemakai.

Pastikan anda peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang datang bersama kain bawal ini. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.



Perincian:
Kain tudung bawal warna ber-tona cerah ke gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak rama-rama.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitVsOJ6lymAGPbe8lTb1lJo1_ugQERBhsHR0etYTZU5Z5z1i7g0qy5ntH_yIzwKgiOfyqs35-C-q6KUcdD4t4lcDbrKD6cMgYo8_EN68pNjRKuxRAeuNsTrv1ZNNzJrQKMWFmgMk4Isl4n/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian+rama-rama-5.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Artie - Bawal Berlian Bunga Besar Warna Menarik (Tona Hijau Terang)

RM 38.00

Tudung bawal corak bunga moden 3d label Tudung Artie adalah tudung eksklusif & mempunyai berlian motif bunga besar di-ikat pada hujung kain tudung. Tudung bawal ini dibuat/direka lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan.

Saiz kain tudung bawal adalah bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal mempunyai jahitan cross-stiched pada hujungnya. Tudung bawal Artie corak bunga 3d ini terdapat dalam lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal bagi menambahkan seri pada keseluruhannya.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Tudung bawal warna tona cerah/gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVSai3kGpgI9UOiklYOUXwyxN95AoQxe76fvL9ScUEzHnN8m-vDP2ebeuOJYA4HOFfyKVr53JSRW0avaJs0XWOpesoGY9fnZlXCxIVXAS3v-SjA6YzwLQ4ZNpDRh2RY0xZOQdG8Xv8YN3a/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian-3.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Artie - Bawal Corak Moden Bunga Di-ikat Berlian (Tona Coklat Kemerahan)

RM 38.00

Tudung bawal motif bunga moden jenama Tudung Artie adalah tudung eksklusif & mempunyai berlian corak bunga besar di-ikat pada hujung kain tudung. Tudung bawal ini dibuat/direka lebih tahan warna, berkilat & mudah digayakan.

Tudung bawal ini bersaiz bidang 45 inchi & setiap helai kain bawal mempunyai jahitan cross-stiched pada hujung kainnya. Tudung bawal Artie corak bunga 3d ini terdapat dalam lebih 12 kombinasi warna tona cerah ke gelap. Berlian juga di-ikat pada hujung jahitan kain tudung bawal bagi menambahkan seri pada keseluruhannya.

Peroleh tudung bawal Artie yang tulen & boleh dilihat dari label Artie yang dijahit kemas pada bahagian dalam kain tudung bawal. Nyatakan warna tudung tona pilihan anda di ruangan "Message" pada laman Hantar Pesanan.
Kuantiti: Tambah ke Cart
Ketika ini item di dalam Cart anda.
Perincian:
Tudung bawal warna tona cerah/gelap mengikut kombo warna padanan didatangkan dengan print bunga dan daunan serta berlian di-ikat mengikut corak.

Cuci dengan tangan sahaja, rendam/celup dengan pelembut pakaian bagi mengekalkan kilatan. Sabun ber-asid atau ber-sitrik tidak digalakkan. Jauhi dari penggunaan mesin basuh. Gantung untuk kering. Gosok pada kepanasan perlahan dan dilapik sebelum menggunaknnya (jika perlu).

Tudung bawal Artie boleh dilihat/diperoleh/diborong di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbi6b_Jr-BmwEMWhSVM1N3wuoiobX1oZ6VWVNNI1BVw4bvBo1Fn0sjncfdE4r50qCTQ-alYolVA2TfVph6F4Y78TKNy00327CmyveO8VZ0e85bAOBNSyEbreCBdTCICuKKzkBHsLSvLsJe/s72-c/tudung+bawal+bunga+berlian-4.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Hari Raya & Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau Kota Bharu

Hari Raya Aidilfitri 2014 ini kami di Artie Natasha sangat bersyukur kerana butik & bangunan baru +Dunia Tudung Artie Natasha, sebuah galeri & ruang pameran serta pejabat urusan jenama Tudung Artie Natasha, Tudung Natasha dan Tudung Bawal Artie telah dibuka.

tudung desain baru hari raya Artie Natasha Jalan Merbau KB

31 May 2014, secara rasminya galeri tudung terbesar di Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan ini dibuka setiap hari dari jam 0930 pagi hingga 0930 malam (Jumaat tutup rehat 1230tgh-0230ptg).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWHx4TtgPaBdofufeXWafLYVMrE3z412ek7PSCO03uUjbCVYfWBSdLPSpoeQjBnt5O93kdHKRjj10c0lk1WEfSIC2-Q1SE4lxZaSWgRiZZzqRre62KdO-bW49Nhtm8xQ23z1bm_fskji6_/s72-c/Dunia+Tudung+Hari+Raya+Artie+Natasha.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Persiapan Hari Raya 2014 Design Tudung Terbaru Lebih Awal?

Suku tahun 2014 ini amat mencabar setakat ini! Misteri kehilangan pesawat 777 MH 370, penculikan 2 wanita Cina di Semporna Sabah, peristiwa cemas kebakaran pesawat Malindo Air, kenaikan tarif elektrik telah memberikan impak sangat besar kepada rakyat Malaysia.

Namun bagi golongan peniaga, suku tahun pertama ini lah amat kritikal bagi melihat sejauh mana hala tuju perniagaan masing-masing. Dan ditambah pula sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri 2014 dan Hari Raya Qurban (Aidiladha) yang bakal tiba dalam pertengahan tahun ini.



tudung natasha hari raya 2014 blog

https://i.ytimg.com/vi/da3_irD_1us/0.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

5 Trend Fesyen Gaya Hijab Tudung Popular 2014

Tahun 2014, gaya trend fesyen hijab tudung Muslimah Malaysia, terutamanya perincian pemakaian tudong terbaru, tidak lagi cenderung kearah rekaan tudung berbentuk segitiga tradisional semata-mata. Gaya fesyen tudung 2014 dipelbagaikan dengan rekaan eksklusif, trendy, sesuai untuk semua laipasan masyarakat, di bandar mahupun luar bandar.
style gaya tudung popular terbaru 2014 pilihan Muslimah blog

Disini kita perlihatkan 5 trend dan gaya fesyen kegemaran Muslimah tempatan, yang membolehkan si-pemakai bergaya disamping menutupi aurat seperti dikehendaki oleh ajaran agama. Ada diantara fesyen tudung terkini menjadi isu kerana mendedahkan sebahagian aurat muslimat, namun, Artie Natasha ingin fokuskan gaya tudung pilihan terbaru dan menjadi popular terkini pemakai tudung di Malaysia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNu4yfgnJ-Qm40BiF1BY_rr_6WSJZ4hboaJEERYHJcOy7VPq0g1Oj1WGqJuTgDCFyB7Y_qIb_McsElKEL1a8csyS_ueZ0pZfEXcFdujzmUxmOOXVZylonMyu7b_V3sVa5BwUM3NJTcTz4/s72-c/tudung+natasha+rtw+4.png
Add to Cart Lihat Seterusnya...

KL International Hijab Fair 2014 - Tudung, Perniagaan, Fesyen dan Glamour?

Terima kasih dari kami di Butik Tudung Artie Natasha kerana diberi peluang dan dijemput oleh penganjur KLIHF 2014 (Kuala Lumpur International Hijab Fair 2014) untuk bersama-sama memeriahkan acara buat pertama kalinya, khusus untuk ahli-ahli (pemain) industri Hijab/Tudung tempatan dan peringkat antarabangsa.

KL International Hijab Fair KLIHF 2014 PWTC blog


Bakal diadakan di Tun Razak Hall 3, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 13-15 June 2014, dan berbagai aturcara serta program disediakan oleh pihak penganjur / pengurusan KLIHF 2014.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3otWesOzVko41c3sEmO3loHiN3nX8y0sCPdIZFt_kMDcJTgdRjSu-1m-aDN2wPN3GWkU4e7FLGiaKftl3YCaswNAelhuELv8dKB_IO9w6K5xPcdaLtyWACY47eahEhnVOOvPCA1GJOuI/s72-w640-c-h343/klihf+pemangkin+industri+tudung+malaysia.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Tudung Sekolah Baru Artie Natasha Pilihan Pengguna - Terima Kasih!

Artikel pertama bagi tahun 2014 dan selamat kembali ke sekolah anak-anak semua. Kami di tudung Artie Natasha agak sibuk sekali dengan penghantaran koleksi tudung sekolah baru berbagai warna ke rakan niaga kami diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih diatas kepercayaan dan sokongan!

tudung sekolah baru pink coklat koko hitam putih ungu purple biru pengawas blog
Penghujung tahun 2013 agak berbeza sekali bagi pesanan tudung-tudung pelajar perempuan sekolah Malaysia. Bukan sekadar untuk sekolah awam, malah sekolah swasta dan sekolah agama juga memilih rekaan tudung sekolah keluaran Artie Natasha School.



Berikut adalah antara feedback atau kata-kata pengguna/pelanggan dan juga wakil niaga kami diseluruh negara berkenaan tudung sekolah rekaan dan keluaran Artie Natasha:-

  • Tudung sekolah baru koleksi Artie Natasha berkain tebal dan tidak berbulu jika di ulang basuh.
  • Setiap helai tudung sekolah dijahit dwi jaluran (double lining) bagi memastikan ketahanan penggunaan.
  • Memudahkan pelajar yg baru "menyesuaikan" diri dengan memakai tudung kerana mudah disarung.
  • Mematuhi kehendak agensi pendidikan dan juga ketetapan dan peraturan sekolah untuk pemakaian tudung.
  • Koleksi tudung sekolah Artie Natasha School menggunakan warna-warna disediakan oleh kebanyakan sekolah di Malaysia seperti warna putih (standard tudung sekolah), warna hitam (untuk ko-kurikulum), warna ungu/purple ( untuk pengawas perpustakaan), warna biru (untuk pengawas di kebanyakan sekolah di Malaysia), warna coklat tua atau koko ( untuk persatuan dan digunakan oleh segelintir sekolah), warna pink (untuk ahli-ahli persatuan) dan warna coklat muda / tan (khusus untuk sekolah-sekolah yang menggunakannya).
  • Menyediakan berbagai saiz dari saiz double S (SS) untuk anak kecil (tadika dan darjah satu) sehingga ke saiz M dan L untuk pelajar perempuan peringkat sekolah menengah.
  • Pelajar perempuan lebih selesa jika dipakai setiap hari kesekolah.
  • Rekaan topi (awning) dengan menggunakan span mahupun kain keras mengikut kesesuaian pelajar dan tidak mudah patah.
  • Ukuran tudung yang jelas dengan menutupi sebahagian bahu serta keseluruhan dada pelajar perempuan.
  • Lembut dan ,mudah di gosok sama ada dari tudung sekolah kain t-shirt cotton mahupun kain lycra tebal serta licin.
  • Tidak mudah kusut jika dilipat mahupun digulung untuk disimpan di dalam beg sekolah mahupun di almari simpanan.
  • Menyediakan juga tudung berwarna hitam bagi kegunaan bersukan dan ko-kurikulum bagi pelajar perempuan dan selalu diminta oleh cikgu-cikgu sekolah ketika ini.
  • Oleh kerana tudung sekolah ini dipatenkan (trademark), ia menambahkan lagi keyakinan ibubapa tahap kualiti keluaran tudung sekolah Artie Natasha. Oleh itu ia telah meningkatkan pesanan dan jualan kerana permintaan yang sungguh luar biasa!
  • Harga runcit dan harga borong yang jauh lebih rendah dari koleksi tudung sekolah berjenama yang lain dan mempunyai standard yang jauh lebih tinggi serta menjamin kualiti kain.

Oleh kerana rekaan kami sangat terperinci serta sesuai dan selesa untuk pelajar-pelajar sekolah perempuan Malaysia, pengguna dan peniaga akui bahawa rekaan tudung Artie Natasha School adalah tepat dan menepati banyak kriteria dan keperluan, baik untuk si pemakai mahupun ibubapa.

Kami di Artie Natasha sentiasa mengikut perubahan dan kehendak keperluan pelanggan kami. Bagi setiap rekaan tudung (termasuklah tudung sekolah), pihak kami sentiasa memastikan tahap kualiti rekaan dan jahitan menepati segala aspek yang diperlukan.

Itulah kekuatan kami dalam memberikan produk tudung sekolah baru yang terbaik untuk pengguna Malaysia. Oleh kerana ia datangnya dari kilang kain dan dijahit sendiri, memastikan setiap bekalan tudung (termasuk tudung sekolah baru) secara borong (kodi) dapat diterima oleh pelanggan dan wakil niaga kami di seluruh Malaysia.

Sekali lagi selamat kembali ke sekolah anak-anak semua, dan kepada ibubapa, ingat tudung sekolah... ingat tudung Artie Natasha School yer!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAOOU0qpz1OhLIrBjZeS65cQFjKsiYoqh2SD2W3CkquFfPD5FbLWgJBVgnciOq-86qSyRWuLLs4PoAgm7k2Ude7ymzpFd2RbOaBNiBWjiXoOJ2LAKRutVp1w6PfvRmJoIyEW6nJnrbJxU/s72-c/tudung+pink+sekolah+puteri+artie+natasha.jpg